Punca-Punca Menyebabkan Masalah Obesiti dalam Kalangan Remaja


                Salam sejahtera dan salam satu Malaysia diucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Pengetua Sekolah Persendirian Chong Hwa, guru-guru dan para pelajar yang dikasihi. Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada tuan pengerusi kerana sudi menjemput saya untuk menyampaikan taklimat yang bertajuk “Punca-punca yang menyebabkan masalah obesiti dalam kalangan remaja Malaysia”.

Hadirin yang dimuliakan,

                Pada dewasa ini, kita dapati bahawa kebanyakan golongan muda khususnya golongan remaja mengalami masalah obesiti. Menurut tahap Indeks Jisim Badan (BMI), obesiti terjadi apabila BMI 27.4 ke atas. Menurut kajian yang dijalankan oleh Kesihatan dan Morbaliti Kebangsaan (NHMS) pada tahun 2015, kira-kira 5.6 juta orang dewasa yang berusia 18 tahun ke atas mengalami masalah obesiti. Antara faktor berlakunya kegemukan dalam kalangan remaja ialah amalan pemakanan yang tidak sihat seperti tidak menjaga pemakanan seharian atau tidak mengikut piramid makanan. Hal ini dikatakan demikian kerana golongan remaja memang gemar makan makanan yang berkarbohidrat tinggi, lemak yang berlebihan, dan berminyak. Secara tidak langsung, situasi ini banyak memberikan impak negatif. Kita dapati masyarakat pasca merdeka menggemar makanan segera dan minuman berkarbonat seperti sosej, burger, nuget, minuman Pepsi, Coca-cola dan sebagainya. Mereka kurang makan sayur-sayuran dan buah-buahan serta minum air putih. Sebenarnya, makanan segera mengandungi kalori dan lemak yang tinggi. Minuman bergas juga mengandungi kandungan gula yang tinggi. Makanan segera yang sedap dan minuman yang menyegarkan serta nikmat ini memang digemari oleh golongan remaja kini. Namun, mereka tindak bahawa pengambilan makanan ini secara berlebihan akan menyebabkan berat badan individu cepat bertambah tanpa disedari. Menurut kajian pensyaah dari Unit Makanan dan Kesihatan Universiti Malaysia, sebanyak 70 peratus remaja gemar makanan ringan. Sudah terang lagi bersuluh, seseorang remaja yang tidak mengamalkan pemakanan yang sihat menyebabkan obesiti.

                Selain itu, lingkungan atau persekitaran individu itu sendiri juga merupakan salah satu punca obesiti dalam kalangan remaja. Hal ini dikatakan demikian kerana sesetengah ibu bapa menganggap bahawa obesiti bukanlah satu masalah yang besar kepada anak-anak terutama kepada yang masih kecil. Bagi mereka, kanak-kanak yang berbadan montel dan berisi telah disukai ramai. Kanak-kanak ini kelihatan lebih menarik dan comel. Dengan ini, sesiapa yang melihatnya pasti berasa bangga jika mempunyai bayi atau anak-anak yang masih kecil itu berbadan montel. Malah, sesetengah ibu bapa atau masyarakat berpendapat obesiti dianggap sebagai simbol kebahagiaan, keindahan, atau kemakmuran terutama kepada bayi atau anak-anak yang masih kecil itu. Namun, mereka terlupa bahawa jika kanak-kanak ini dibiarkan tanpa memberikan perhatian kepada pertambahan berat badannya akan menyebabkan mereka mengalami obesiti apabila semakin dewasa atau remaja kelak. Senario ini akan mendatangkan masalah kepada ibu bapa atau remaja sendiri untuk mengurangkan berat badan kerana sudah terlambat, bak kata peribahasa nasi sudah menjadi bubur. Menurut kajian yang dijalankan ileh doktor pakar pemakanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia, sebanyak 40 peratus remaja yang menghadapi obesiti sejak kanak-kanak. Siapakah yang harus dipersalahakan? Tepuk dada tanyalah selera. Jelaslah bahawa masalah obesiti berlaku kerana lingkungan, persepsi dan persekitaran individu itu sendiri.

Hadirin yang dihormati,

                Di samping itu, sikap malas melakukan aktiviti fizikal dalam kalangan remaja. Pada era globalisasi ini, golongan dewasa dan golongan ibu bapa sering sibuk dalam pekerjaan dan tekunan untuk mencari rezeki bagi menyara kehidupan keluarga masing-masing. Sudah terang lagi bersuluh, golongan dewasa memang sibuk dalam pekerjaan mereka setiap hari. Persoalannya, apakan alasan para remaja tidak mempunyai masa untuk melakukan aktiviti fizikal? Remaja kini bukanlah sibuk tetapi malas untuk melakukan aktiviti fizikal. Mereka kurang melibatkan diri dalam aktiviti yang memerlukan pengerakan anggota badan. Hal ini dikatakan demikian kerana remaja kini taasub dengan kemudahan teknologi seperti telefon pintar, komputer dan televisyen. Contohnya, terdapat sesetengah remaja tidak boleh berenggang dengan telefon pintar, mereka telah ketagih dengan penggunaan telefon bimbit serta sosial media. Golongan remaja juga lebih suka bermain permainan komputer atau menonton televisyen daripada melakukan aktiviti sukan. Mereka yang bermain permainan komputer dan menonton televisyen daripada melakukan aktiviti sukan. Mereka yang bermain permainan komputer dan menonton televisyen dalam tempoh masa yang panjang hanya akan bergerak mata ataupun jari mereka. Badan mereka langsung tidak bergerak dan masalah obesiti akan mudah dihidap oleh mereka. Pendek kata, golongan remaja yang tidak melakukan aktiviti fizikal atau bersenam mudah untuk menghidap obesiti.

                Memang tidak dapat dinafikan bahawa peningkatan pembukaan restoran makanan segera juga telah menyumbang kepada peningkatan masalah obesiti dalam masyarakat negara kita, terutamanya golongan remaja. Kini sesetengah ibu bapa terlalu sibuk dalam pekerjaan dan tidak mempunyai masa untuk memasak bagi keluarga. Oleh itu, pengenalan makanan segera telah memudahkan golongan tersebut. Alasannya, mereka tidak perlu bersusah payah untuk memasak makanan selepas penat bekerja. Mereka hanya perlu membeli duit dan dengan segeranya, mereka pun dapat menjamu makanan yang sedap. Perkhidmatan pandu lalu dalam beberapa restoran makanan segera juga telah menjimatkan masa para pelanggan. Oleh itu, ibu bapa yang sibuk bekerja sering akan membeli makanan segera dan menghidangkannya sebagai makan malam kepada ahli keluarganya, termasuklah anak-anak mereka. Makanan segera juga mengandungi kandungan garam, gula, lemak dan karbohidrat yang tinggi. Semua kandungan ini merupakan faktor-faktor yang menyebabkan obesiti dalam individu yang memakannya dengan quantiti yang banyak. Rasa makanan segera yang sedap juga akan menyebabkan para pengguna ketagih kepada rasanya dan sering akan menyebabkan pemakanan makanan segera tanpa had, terutamanya kalangan remaja. Contoh restoran makan segera yang dikenali oleh masyarakat ialah KFC, McDonalds dan Pizza Hut. Restoran-restoran ini membekalkan pilihan pelbagai varieti makanan segera yang digemari ramai. Justifikasinya, obesiti berlaku kerana banyaknya restoran makanan segera yang tumbuh bagai cendawan tumbuh selepas hujan.

Pada hadirin yang dihormati,

                Akhir sekali, faktor genetik atau keturunan juga akan mempengaruhi rupa bentuk badan seseorang. Menurut kajian pakar genetik terdapat bahawa sifat dan perwatakan mempunyai kemungkinan yang tinggi untuk diturunkan kepada keturunan dari generasi sebelumnya. Kegemukan juga merupakan salah satu genetik yang akan diturunkan dari generasi sebelumnya kepada generasi yang berikutnya. Misalnya, menurut statistiks, 40 hingga 50 peratus anak-anak daripada keturunan ibu atau bapa obesiti berpeluang menjadi gemuk.  Samlus juga berkata bahawa peratusan itu akan meningkat menjadi 70 hingga 80 peratus jika kedua-duanya mengalami masalah obesiti. Natijahnya, jika keluarga ataupun keturunan menghidap obesiti, jadi ahli keluarga yang lain mudah mendapat obesiti.

                Nampaknya masa amat mencemburui saya untuk saya meneruskan ucapan ini. Saya terpaksa menghentikan ucapan ini sampai di sini. Sebelum saya mengundurkan diri, saya ingin menegaskan di sini bahawa penyakit berbahaya akan ditimbulkan daripada masalah obesiti. Oleh itu, semua pelajar haruslah mengamalkan gaya hidup sihat agar tidak menghadapi masalah obesiti. Sesungguhnya, golongan remaja merupakan pewaris masa depan negara. Negara akan cemerlang dan gemilang jika ditadbir oleh masyarakat yang cergas memiliki minda yang cerdas, cemerlang, gemilang dan terbilang dalam menuju Wawasan 2020. Saya ingin mengakhiri ucapan saya ini dengan serungkap pantun:

                Makanan perlu bernutrisi,
                Makanlah makanan dengan berwaspada.
                Elakkanlah masalah obesiti,
                Badan sihat hidup sejahtera.

Sekian, terima kasih.

Comments

Popular posts from this blog

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 9: Industri Pelancongan

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 65: Alam Sekitar

Usaha-Usaha Memajukan Industri Kraf Tangan