Masuk Telinga Kanan, Keluar Telinga Kiri


Johan ialah seorang budak lelaki yang nakal. Dia berumur lapan tahun dan belajar di kelas 2 Bestari di Sekolah Kebangsaan Ceria Sungkai. Johan amat gemar memancing. Dia selalu memancing di tepi sungai di hujung kampung pada masa lapang. Dia pergi memancing hampir setiap hari. Dia juga lebih gemar memancing bersendirian di kawasan yang sunyi.

Pada suatu hari, Johan bergegas untuk pergi memancing selepas menyiapkan kerja sekolahnya. Ibu dia menghalang dia pergi memancing kerana hari sudah hampir senja dan langit semakin gelap. Sungguhpun ibunya menasihati Johan tetapi dia tidak mengendahkan nasihat ibunya. Nasihat ibu bagai mencurahkan air ke daun keladi. Dia seperti bakar tiada hangus bergegas keluar dari rumah lalu menunggang basikal dengan laju-laju ke sungai.

Langit semakin gelap, tidak banyak ikan yang dapat diperoleh oleh Johan. Selepas satu jam setengah, mata kailnya tersangkut pada sesuatu objek. Dia berasa riang hati kerana mata kailnya ditarik oleh sesuatu objek. Objek itu berat dan dia cuba menarik mata kailnya. Namun begitu, Johan tergelincir di tanah yang licin dan terjatuh ke dalam sungai. Johan dibawa arus yang derus dan dia terminum banyak air sungai. Johan bernasib baik kerana dia berpaut pada sebatang akar pokok di tepi sungai. Dia terselamat.

Johan berhempas pulas naik ke tebing sungai. Baju Johan koyak dan badannya mengalami kecederaan ringan. Dia tercunggap-cunggap dan penat Johan bergegas pulang ke rumah dengan berkaki ayam sahaja kerana kasutnya dibawa arus deras semasa terjatuh ke dalam sungai. Dia bersyukur tidak dihanyutkan arus deras. Sudah lewat malam. Johan tiba di rumah dengan selamat.

Selepas kejadian itu, Johan tidak pergi memancing lagi. Ibu Johan berasa gembira melihat perubahan sikapnya. Sudah terhantuk baru tergadah, Johan meminta maaf daripada ibunya dan berjanji bahawa nasihat ibu tidak akan hanya masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Johan berasa sungguh kesal kerana tidak mendengar nasihat ibunya selama ini.

Comments

Popular posts from this blog

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 9: Industri Pelancongan

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 65: Alam Sekitar

Usaha-Usaha Memajukan Industri Kraf Tangan