Kacang Lupakan Kulit


Yusman seorang budak yang berumur 18 tahun. Dia tinggal di rumah yang usang. Dia belajar dengan ringan tulang untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) kerana dia ialah anak tunggal ibunya. Ibunya memberikan sepenuh perhatian terhadap dia demi masa depan yang lebih cerah. Oleh itu, ibunya bekerja sebagai orang gaji secara sambilan bagaisemut penghimpun melekut untuk mencari rezeki bagi membantu perbelanjaan keluarga. Ayah nya sudah lama meninggal dunia sebagai akibat serangan penyakit jantung.

          Yusman ialah seorang pelajar yang bijak. Dia berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading dengan keputusan yang cemerlang dalam STPM. Ibunya bersusah payah membiayai yuran pelajarannya kerana kos pelajaran semakin tinggi. Selepas belajar selama empat tahun, dia menamatkan pengajian di Universiti Malaya dengan keputusan yang cemerlang. Dia berkongsi dengan rakan-rakannya membuka syarikatnya menjadi salah satu buah syarikat teknologi terkenal dalam negara. Akhirnya, Yusman bergelar usahawan yang berjaya dalam bidang teknologi.

          Setelah berjaya, Yusman berubah menjadi hidung tinggi dan mata duitan. Dia juga jarang-jarang pulang ke kampung untuk menziarahi ibunya. Yusman mengabaikan kebajikan ibunya dengan tidak ememberikan wang saku kepada ibunya. Dia juga tidak membawa ibunya pergi makan angin. Dia tidak menulis surat untuk ibunya. Dia sudah kaya, tetapi dia tidak membalas jasa ibunya.

          Selepas tiga tahun, ibunya terpaksa dihantar ke rumah orang tua-tua kerana taida sesiapa pun yang sanggup menjaga kehidupan seharian ibunya dengan teliti. Yusman langsung tidak menjenguk ibunya dan tidak ingat ibunya yang kesepian di rumah orang tua-tua.

          Selepas srtahun, sebagai akibat kemelesetan ekonomi, perniagaannya merosot. Akhirnya, dia diisytiharkan muflis. Syarikat-syarikatnya terpaksa gulung tikar dan dilelong oleh bank. Dia juga terpaksa membayar hutang ang banyak kepada bank. Bagi membayar hutang yang banyak, dia lintah darat. Akibatnya, hutangnya semakin meningkatkan, bak kata pepatah ‘sedikit-sedikit, lama menjadi bukit’.

          Kini,barulah Yusman teringat akan ibunya. Dia cuba mencari ibunya semula tetapi malangnya si ibu telah meninggal dunia sebulan yang lalu. Yusman berasa sedih tetapi nasi sudah menjadi bubur. Begitulah cerita anak yang bak ‘kacang lupakan kulit’ yang membawa maksud seseorang yang mudah melupakan jasa insan yang berbudi kepadanya.

Comments

Popular posts from this blog

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 9: Industri Pelancongan

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 65: Alam Sekitar

Kebaikan dan Keburukan tentang Robot Kini