Keusahaan Memajukan Industri Kraf Tangan


Industri kraf tangan ialah kerja-kerja penghasilan barangan kraf tradisional. Industri ini merupakan sesuatu industri yang berpotensi besar untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat terutama masyarakat desa. Persoalannya, apakah usaha-usaha yang dapat diambil untuk memajukan industri kraf tangan?

Antara langkah memajukan industri termasuklah kerajaan dapat menubuhkan lebih banyak pusat kraf tangan. Selain itu, kerajaan dapat menubuhkan pusat penyelidikan seperti Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia dengan membuat kajian tentang meningkatkan produkviti kraf tangan. Di samping itu, berbilang dari esa, mengaji dari alif. Kerajaan juga dapat memberi bantuan model dan lumayan yang baik kepada pengusaha. Misalnya, kerajaan mengurangkan cukai membeli bahan mentah yang digunakan untuk membuat kraf tangan.

Pada waktu yang sama, kerajaan dapat mengadakan pameran secara besar atau kempen tentang kepentingan seni budaya seperti kraf tangan. Hal ini dikatakan demikian kerana dapat menggalakkan masyarakat lebih berminat dalam kraf tangan, bak kata peribahasa ‘tak kenal maka tak cinta’. Selain itu, kerajaan harus meningkatkan kemudahan infrastruktur. Hal ini berpunca daripada menarik pelancongan dengan kemudahan yang lebih baik.

Tambahan pula, Kementerian Pelancongan berusaha dalam menganjurkan pesta-pesta untuk menarik pelancong asing dari luar negara seperti Tahun Melawat Malaysia. Oleh itu, kita dapat mempromosikan pusat kraf tangan kepada pelancong dalam dan luar negara. Dengan itu, pelancong yang melawat ke pusat dapat membeli kraf tangan yang unik sebagai cenderamata secara tidak langsung memajukan industri kraf tangan.

Seterusnya, media massa berperanan penting untuk menyebarkan maklumat tentang keunikan hasil kraf tangan, Pihak media massa boleh memaparkan rancangan di televisyen. Sebagai contoh, rancangan yang menunjukkan penghasilan kraf tangan dan proses perusahaan. Internet dan radio merupakan medium yang boleh memberi kesan kepada orang ramai dan mampu mengubah perangai mereka. Pengusaha juga dapat mengedarkan risalah atau menampalkan poster di mana-mana tempat yang ada orang ramai.

Sekolah dapat mengadakan pertandingan membuat kraf tangan demi menggalakkan murid belajar tentang keunikan kraf tangan dan sejarahnya. Sekolah juga dapat membuat lawatan ke pusat-pusat kraf tangan. Hal ini murid dapat memahami proses membuat kraf tangan. Kementerian Pendidikan mewajibkan kraf tangan sebagai kokurikulum.

Ibu bapa berperanan untuk mengajar anak-anak tentang seni kraf tangan, hal ini sama dengan ‘biar mati anak, jangan mati adat’. Generasi muda haruslah melentur buluh biarlah dari rebungnya dengan memperkenalkan kepentingan kraf tangan di negara kita supaya tidak pupus ditelan oleh arus pemodenan. Fenomena ini dikatakan ‘tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas’.

Kesimpulannya, industri kraf tangan dapat meningkatkan keuntungan negara. Industri kraf tangan memang meningkatkan taraf hidup masyarakat desa. ‘Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakah dapat sagunya’, maka kita haruslah berganding bahu untuk memastikan industri kraf tangan terus hidup subur dalam negara kita. Kesannya memajukan ekonomi dan mengharumkan nama negara agar dapat ‘duduk sama rendah, berdiri sama tinggi’ dengan  negara-negara maju yang lain.                                                                



Comments

Popular posts from this blog

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 9: Industri Pelancongan

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 65: Alam Sekitar

Usaha-Usaha Memajukan Industri Kraf Tangan