Impak Negatif Makanan Segera

Makanan segera ialah ungkapan yang merujuk kepada makanan yang dapat disiap dan dihidangkan dengan pantas. Selain itu, makanan segera berkonsepkan perkhidmatan penyediaan makanan yang selesa. Mengikut statistik yang terbaru, McDonalds’ mempunyai restoran sebanyak 260 buah terletak di Malaysia. Bilangan buah restoran ini akan terus meningkat, hal ini dikatakan kerana kewujudan rangkaian francais makanan segera di Malaysia ibarat cendawan yang tumbuh selepas hujan seperti contoh di atas. Makanan segera telah menjadi budaya pemakanan dan paling disukai oleh golongan muda, kanak-kanak dan pekerja di negara ini. Persoalannya, apakah faktor-faktor masyarakat gemar makan makanan segera dan implikasi negatifnya?

Salah satu faktor termasklah restoran makanan segera mempunyai perkhidmatan yang baik. Pada era globalisasi ini, masyarakat sibuk dengan aktiviti terutama yang bekerja tidak kira sama ada sudah berumah tangga atau yang belum kerana masa itu emas. Masyarakat tidak ada masa dan tidak sempat untuk memasak di rumah. Oleh itu, makanan segera menjadi pilihan utama kerana makanan dihidangkan dengan cepat selepas membuat pesanan. Selain itu, pesanan juga boleh dibuat melalui panggilan telefon, atas talian ataupun pandu lalu. Malah makanan juga boleh dihantar sehingga depan pintu rumah anda, pantas dan mudah. Di samping itu, premis makanan segera beroperasi 24 jam seperti McDonalds’ dapat memudahkan masyarakat kerana tidak mengira waktu dan masa, masyarakat dapat menikmati makanan apabila lapar. Pengguna mudah mengetahui lokasi mana-mana restoran makanan segera melalui enjin carian atau sistem navigasi global. Perkhidmatan restoran amat berkualiti kerana kakitangan mereka sentiasa melayan pelanggan dengan senyuman yang mesra. Manifestasinya, makanan segera menjadi pilihan utama masyarakat untuk makan di mana-mana tempat atau bila-bila masa.

Seterusnya, makanan segera sentiasa mengutamakan kualiti dan kebersihan mereka. Restoran makanan segera mementingkan kebersihan, perkhidmatan, dan keceriaan premis. Mereka juga menjaminkan halal untuk menarik pelanggan lebih banyak di Malaysia. Suasana restoran yang kondusif merupakan sejuk dan nyaman, ini melahirkan sesebuah suasana yang ketenangan untuk pelanggan yang datang. Hal ini dikatakan demikian kerana dapat menghilangkan stres sambil menikmati hidang yang lazat dan enak. Pelanggan yang datang juga dapat berbual-bual untuk mempererat silaturahim antara kawan atau rakan sekerja sambim menyelam minum air. Sesetengah restoran pula menyediakan ruangan khas untuk kanak-kanak bermain, yang ini kanak-kanak dapat mengenali kawan-kawan kerana mempunyai peluang di ruang yang diberikan untuk bersosial. Pendek kata, restoran makanan segera menjadi destinasi pilihan tidak kira peringkat umur kerana sentiasa menjaminkan kualiti yang baik.

Selain itu, harga makanan dalam restoran makanan segera amat berpatutan. Kebanyakan restoran makanan segera menawarkan harga yang berpatutan. Menu makanan hari demi hari makan murah dan ada promosi dari McDonalds’ yakni McValue Meals. Menu-menu juga berteraskan konsep keluarga atau kanak-kanak misalnya ‘Happy Meal’. Harganya murah berbanding makanan lain seperti nasi campur, nasi ayam dan sebagainya. McDonalds’ memperkenalkan set hidangan 1+1 dengan harga yang rendah dengan tambah RM 1.00 pada setiap hidangan. Jadi, pelanggan mempunyai pelbagai pilihan bertepatan dengan harga. Pelanggan ada pilihan untuk berjimat cermat. Secara ringkasnya, harga yang berpatutan dan hidangan set makanan yang menarik menyebabkan masyarakat selalu datang ke restoran makanan segera.

Manakala, implikasi yang dibawa oleh makanan segera ialah mengagungkan budaya barat. Kebanyakan restoran menghidangkan resepi makanan yang memaparkan budaya barat. Hal ini berlaku kerana sesetengah restoran makanan segera berasal dari negara barat. Tamsilnya, Kentucky Fried Chicken (KFC) serta McDonalds’ berasal dari Amerika Syarikat, dan Pizza Huts dari negara Itali. Keju yang pelbagai jenis digunakan dan makanan kaya dengan campuran ramuan dari barat jauh beza dengan budaya tempatan yang unik dan menyelerakan. Masyarakat kini lupa makanan tradisional masing-masing seperti nasi lemak, tosei, dan kuih-muih yang lain, makanan ini tidak berselera dan tidak minat terutama generasi muda dan kanak-kanak. Golongan muda kini berubah gaya hidup dari segi pemakanan dek perubahan zaman kini yang kian moden. Mereka terpengaruh dalam gaya hidup barat yang memakan makanan segera sebagai rutin mereka. Sesetengah golongan muda beranggapan makanan segera menunjukkan status sebagai orang berada dan moden kerana mereka berpendapat orang yang tidak pernah makan makanan segera menunjukkan status sebagai orang dianggap ketinggalan miskin kerana tidak berkemampuan untuk membeli makanan segera. Justifikasinya, faktor yang dibawa oleh makanan segera benarlah menyebabkan masyarakat muda kini lebih mengagungkan selera budaya barat.

Tambahan pula, makan makanan segera menyebabkan kita mengambilkan nutrisi yang tidak seimbang. Makanan segera biasanya digoreng dan mengandungi kolestrol dan lemak yang tinggi menyebabkan kualiti hidup masyarakat semakin menurun dari segi tahap kesihatan. Makanan segera juga mengandungi garam, gula, dan bahan perasa yang tinggi dalam sekurang-kurangnya 200 jenis makanan segera membawa punca penyakit kritikal. Makanan segera seperti burger mengandungi lemak trans fats, garam, dan bahan kimia di dalam serbuk perisa, monosodium glutamate yag tinggi ialah punca menyebabkan obesiti, darah tinggi, masalah jantung, kanser dan sebagainya. Minuman berkarbonat dihidangkan mengandungi gula yang sangat tinggi, jika tidak dijaga baik-baik, kesannya akan kencing manis, diperkenalkan sebagai penyakit diabetes. Di samping itu, banyak makanan menggunakan produk sejuk beku yang tidak dijamin tahap kesegarannya, dan mengandungi bahan pengawet yang berbahaya. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, makanan segera dikategorikan sebagai makanan sampah dan mengancam kesihatan. Menurut Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), makanan segera ialah sejenis makanan yang tidak berkhasiat dan mengundang pelbagai penyakit. Sudah terang lagi bersuluh, makan makanan segera boleh menjadi punca pelbagai penyakit jika kita tidak mengawal keseimbang makanan kita.


Kesimpulannya, kewujudan makanan segera di Malaysia ada baik dan buruknya. Kebanyakan restoran makanan segera telah menukar polisi mereka agak lebih mementingkan kesihatan. Jangan ikut nafsu, kata orang ikut binasa, ikut hati mati. Pilihan di tangan pembeli. Tepuk dada tanya selera, makanan segera indah khabar dari lupa.

Comments

Popular posts from this blog

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 9: Industri Pelancongan

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 65: Alam Sekitar

Usaha-Usaha Memajukan Industri Kraf Tangan