Kaedah Mengatasi Masalah Kadar Jenayah


        Kadar jenayah yang semakin mengikut menimbulkan keimbangan rakyat di negara. Hal ini mewujudkan keselamatan diri dan harta benda terganggu. Kini, berlaku kes-kes pembunuhan, penculikan, rompakan, ragut, dan sebagainya.

        Usaha-usaha membendung kes jenayah termasuklah kerajaan menambahkan bilangan anggota keselamatan. Anggota-anggota ini mesti sering membuat rondaan untuk memastikan keselamatan masyarakat. Sebagai warganegara yang bertanggungjawab, kkita harus bekerjasama menangkap penjenayah. Penjenayah-penjenayah patut dikenakan tindakan undang-undang dan dijatuhi hukuman yang berat.

        Bagi memerangi kes jenayah, kerajaan hendaklah mendapatkan kerjasama daripada orang ramai. Masyarakat harus melaporkan kejadian jenayah kepada pihak berkuasa. Rakyat negara ini dapat menubuhkan pasukan-pasukan sukarela. Pasukan sukarela yang menunaikan tanggungjawab dapat menjadi mata dan telinga polis dan pihak berkuasa lain. Penduduk di sesuatu kawasan boleh menubuhkan rukun tetangga untuk mengawal keselamatan kawasan tempat tinggal masing-masing.

        Pihak berkuasa seharusnya menganjurkan kempen pencegahan jenayah. Kerajaan perlu menguar-uarkan tindakan tegas kepada sesiapa yang melakukan jenayah. Pihak imigresen harus membuat pematauan terhadap pendatang asing yang melakukan jenayah kerana kesempitan wang. Kita mesti mengambil perhatian terhadap pekara di sekeliling kita, bak kata pepatah 'sediakan payung sebelum hujan'.

        Masyarakat haruslah bersama-sama berusaha membanteras jenayah di negara ini. Kita juga perlu menyedari bahawa jenayah adalah satu kesalahan berat dari segi undang-undang. Pihak berkuasa wajar menjatuhi hukuman ke atas orang yang melakukan jenayah menurut undang-undang negara, kerana sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Masyarakat harus bekerjasama dengan pihak berkuasa bagai aur dengan tebing.

Comments

Popular posts from this blog

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 9: Industri Pelancongan

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 65: Alam Sekitar

Kebaikan dan Keburukan tentang Robot Kini