Sembang Siber


                        Pada era globalisasi ini, teknologi maklumat terutama sosial media sangat penting. Walau bagaimanapun, penggunaan dan perkembangan siber kini turut memberikan beberapa kesan buruk kepada masyarakat dan negara. Penggunaan alat sosial media seperti Facebook, Twitter, Instagram dan sebagainya sudah menjadi satu perkara yang biasa di Malaysia dan dunia amnya. Kepentingan alat berkomunikasi dalam kehidupan manusia sudah tidak boleh disangkal lagi oleh mana-mana pihak pun. Kita boleh melihat masyarakat menggunakan alat berkomunikasi ini pada setiap masa dan tempat dengan begitu mudah. Namun, ada keghairahan kita menerima teknologi ini, pelbagai impak negatif telah melanda negara dan masyarakat tanpa disedari. Persoalannya, apakah kesan-kesan negatif sembang siber?

                Antara kesan negatif sembang siber termasuklah pencemaran penggunaan bahasa Melayu terutamanya dalam kalangan pelajar. Hal ini dikatakan demikian kerana ruangan sembang siber adalah terhad dan sempit. Mereka ingin menjimatkan ruang dan masa. Oleh itu, pelajar bersikap negatif dalam ingin cepat melakukan sesuatu penggunaan ejaan yang tidak menepati ejaan yang tepat atau ejaan dipendekkan. Bahasa yang digunakan bercampur aduk atau bahasa rojak, tidak menggunakan Bahasa Melayu standard mengikuti Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Kesalahan struktur ayat dan kata sewenang-wenang telah digunakan. Mereka tidak ambil berat tentang kepentingan penggunaan bahasa Melayu dalam negara kita. Dasar kerajaan untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara akan gagal jika fenomena ini terus dikembangkan. Pendek kata, keindahan dan ketulenan bahasa Melayu akan terus terpinggir disebabkan amalan sembang siber.

Selain itu, pelajar akan mengabaikan pelajaran mereka. Mereka akan menggunakan alat komunikasi bersembang sehingga larut malam dan terus ke awal pagi. Hai ini telah menyebabkan pelajar tidak memberi penuh perhatian pada pelajaran di kelas. Bukan itu sahaja, pelajar-pelajar juga membazirkan masa dalam berbual-bual kosong dan berbincang tentang permainan yang terbaharu dalam pasar. Mereka tidak menganggap masa dan leka bersembang siang malam. Oleh itu, lebih banyak pelajar tidak menyiapkan tugasan mereka dan tidak mengulang kaji pelajaran. Hal ini menyebabkan pelajar tidak dapat membuat persiapan unutk peperiksaan. Keputusan mereka akan gagal dicapaikan kerana penggunaan sembang siber tanpa ada hadnya. Justifikasinya, pengabaian dalam pelajaran kerana penggunaan sembang siber akan gagal dalam peperiksaan dan akan sesal tentang perbuatan dahulu.

Seterusnya, remaja yang kurang berfikiran matang senang dipengaruhi oleh unsur-unsur negatif yang disebarkan dalam laman web internet. Penyebaran maklumat palsu memalsukan identiti atau fakta sesuatu perkara, dan tidak memikirkan maruah individu lain. Berita atau maklumat yang diperolehi dari internet bukan sentiasa adalah benar. Khabar yang tidak berasas dan berbaur fitnah telah melemparkan tuduhan yang tidak berasas dan keterlaluan kepada seseorang, menjejaskan imej orang lain. Khabar yang tidak benar juga mempengaruhi rakyat untuk bertindak di luar batas kemanusiaan. Hal ini menjadikan berlaku keganasan dan rapat umum yang dapat mengancamkan keharmonian sesebuah negara. Semakin lama seseorang itu melayari atau bersembang semakin kuranglah masa yang mereka habiskan dalam dunia realiti sebenarnya. Tegasnya, pihak yang berkaitan haruslah mengambil tindakan untuk mengasingkan maklumat yang dipaparkan.

Kesimpulannya, pengguna laman sembang siber terutama pelajar harus bertanggungjawab, bijak dan berhemah tinggi dalam tindakan mereka. Semua maklumat yang nampak haruslah diteliti dan disahkan kesahihannya sebelum melakukan sebarang tindakan susulan pula. Sembang siber dapat memperoleh pelbagai kemaslahatannya kepada golongan muda atau pelajar, sebaliknya jika disalahgunakan, pelbagai impak negatif akan merugikan. Semua pihak haruslah bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk memastikan generasi muda dapat melayari Internet dan aplikasi sembang siber dengan baik. Semua teknologi mempunyai kebaikan dan keburukannya tetapi manusialah yang menentukannya bak kata pepatah “tepuk dada tanya selera”.

Comments

Popular posts from this blog

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 9: Industri Pelancongan

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 65: Alam Sekitar

Kebaikan dan Keburukan tentang Robot Kini