Usaha-Usaha Menggalakkan Penggunaan Tali Pinggang Keledar Belakang



                Pada era globalisasi ini, kes kemalangan jalan raya kerap berlaku dalam masyarakat kita. Berdasarkan statistik, mangsa kemalangan jalan raya telah meningkat sebanyak 319 orang dari tahun 2016 hingga tahun 2017. Punca utama yang mengakibatkan kejadian tersebut berlaku ialah pemandu atau penumpang tidak menggunakan tali pinggang keledar belakang yang disediakan dalam kereta. Tali pinggang keledar belakang ialah tali pinggang di tempat duduk belakang kereta yang dipakai bagi persiapan menghadapi bahaya. Tali pinggang keledar belakang kini disediakan pada hampir semua kereta baharu supaya keselamatan penumpang belakang akan lebih terjamin. Oleh itu, apakah usaha-usaha yang dapat menggalakkan penggunaan tali pinggang keledar belakang oleh penumpang?

                Usaha-usaha menggalakkan penggunaan tali pinggang keledar belakang termasuklah kempen kesedaran diadakan secara besar-besaran. Kempen kesedaran ini boleh dianjurkan melalui media cetak dan media elektronik seperti siaran televisyen, radio, Internet, surat khabar, majalah dan sebagainya. Setiap lapisan masyarakat akan menghadiri kempen yang diadakan tersebut tanpa mengira golongan termasuklah generasi muda. Risalah-risalah kempen yang berkaitan dengan kepentingan penggunaan tali pinggang keledar belakang juga boleh diedarkan kepada setiap anggota masyarakat. Dengan itu, masyarakat akan mengetahui kepentingan penggunaan tali pinggang keledar belakang. Mereka juga akan sentiasa mengingatkan diri dan lain supaya memakai tali pinggang keledar belakang semasa menaiki kereta. Tegasnya, penumpang di belakang berasa selamat dengan adanya kempen yang dilaksanakan.

                Jika ditinjau dari perspektif yang lain, pihak kerajaan harus menguatkuasakan undang-undang dan peraturan demi menggalakkan penggunaan tali pinggang keledar belakang dalam kalangan penumpang. Seseorang penumpang belakang yang didapati tidak mengenakan tali pinggang keledar belakang harus dikenakan denda sebanyak RM 300, tanpa apa-apa alasan. Pihak kerajaan boleh memasang kamera litar di jalan raya supaya mengawasi penumpang-penumpang ada memakai tali pinggang keledar belakang semasa menaiki kereta atau tidak. Pihak polis kesedaran juga boleh menjalankan perondaan di jalan raya kadangkala. Undang-undang dan peraturan jalan raya boleh diubahsuaikan supaya sesiapa yang didapati tidak memakai tali pinggang keledar belakang melebihi tiga kali akan dikenakan sekatan daripada menaiki kereta untuk suatu tempoh tertentu. Pastilah pesalah tersebut akan mengingati pengajaran ini dan mematuhi peraturan pada masa hadapan. Dengan itu, penumpang kenderaan berasa takut untuk mengabaikan pemakaian tali pinggang keledar belakang. Oleh itu, matlamat penggunaan tali pinggang keledar belakang tercapai.

                Bukan itu sahaja, bantuan dan intensif juga harus diberikan kepada golongan yang kurang mampu oleh pihak kerajaan. Hal ini dikatakan demikian kerana golongan tidak berada yang terdapat dalam masyarakat kita tidak berupaya memasang tali pinggang keledar belakang semasa membeli kenderaan. Jadi, pemilik kenderaan yang berpendapatan sederhana haruslah diberikan subsidi. Contohnya, pemasangan tali pinggang keledar belakang diberikan potongan insurans atau pemilik tersebut boleh mendapat diskaun ketika membaiki tali pinggang keledar belakang yang rosak. Dengan itu, pemilik kenderaan yang tidak berada tidak akan berasa terbeban terhadap pemasangan tali pinggang keledar belakang. Pendek kata, peraturan-peraturan memakai tali pinggang keledar dipatuhi oleh setiap penumpang kerana semua kenderaan mempunyai tali pinggang keledar belakang.

                Kesimpulannya, pemakaian tali pinggang keledar belakang penting kepada semua pengguna jalan raya yang menaiki kereta  kerana keselamatan diri akan terjamin. Jika berlaku kemalangan di jalan raya, tali pinggang keledar belakang akan mengelakkan pengguna kedenraan daripada kecederaan yang serius dan maut. Justeru, setiap pemandu dan penumpang kereta harus memakai tali pinggang keledar pada setiap saat sekiranya berada di jalan raya agar tidak menghadapi masalah yang serius semasa kemalangan berlaku.

Comments

Popular posts from this blog

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 9: Industri Pelancongan

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 65: Alam Sekitar

Usaha-Usaha Memajukan Industri Kraf Tangan