Kes Ragut

      Kes ragut yang sering menjadi-jadi merupakan satu jenayah yang amat mengejutkan buat masyarakat kita. Kekerapan jenayah ini membuktikan bahawa ada sesuatu yang tidak betul dalam masyarakat kita dewasa ini. Hal ini mengancam keselamatan individu dan harta benda yang dimiliki. Kes ragut yang berlaku semakin dan sering terpapar dalam media massa. Mangsa terutamanya terdiri daripada kaum wanita. Media massa telah memaparkan pelbagai faktor kejadian kes ragut bersama langkah untuk menanganinya tetapi junlah kes ragut di negara kita terus meningkat. Persoalannya, apakah faktor-faktor yang menyebabkan jenayah ini menjadi lebih serius?

                Sebenarnya jenayah ragut ini menjadi begitu menjadi-jadi ekoran sikap masyarakat itu sendiri yang tidak memberi perhatian berat tentang aspek keselamatan mereka. Masih banyak individi dalam masyarakat kita yang suka membawa wang yang banyak dalam dompet atau tas tangan mereka, memakai barang kemas yang mudah menarik perhatian oleh peragut, terutamanya wanita. Begitu juga dengan sikap kita yang gagal mengambil langkah-langkah keselamatan. Contohnya, semasa kita pulang dari pejabat bersendirian, berjalan di lorong yang gelap, atau mudah percaya akan orang asing menjadikan kita sasaran mudah peragut. Jadi, aspek keselamatan diri yang kurang diberi perhatian telah menyebabkan kes ragut semakin menjadi satu kebiasaan di negara ini pula.

                Kejadian ragut turut diburukkan lagi dengan keadaan ekonomi dunia yang sedang mengalami ekonomi yang begitu teruk. Banyak kilang dan syarikat di negara ini yang terpaksa membuang pekerjanya kerana kekurangan permintaan terhadap produk mereka dengan drastik. Ketidakupayaan pekerja yang dibuang kerja itu untuk mencari kerja lain dalam masa yang terdekat telah menjurus mereka ke kancah jenayah terutama apabila memikirkan makan minum arak isteri pula. Oleh itu, kes ragut meningkat kerana banyak pekerja tidak mempunyai pekerjaan lalu beralih menjadi peragut untuk menyelesaikan masalah mereka secara mudah.

                Seterusnya masalah ini bertambah serius kerana kegagalan pihak berkuasa mengambil langkah pencegahan yang efektif. Kekurangan kamera litar tertutup di kawasan-kawasan berisiko tinggi menyebabkan masalah ini terus menjadi-jadi. Jika kerajaan memasang lebih banyak kamera seperti ini sudah pasti penjenayah berfikir dua kali sebelum bertindak. Pendek kata, kekurangan kamera litar tertutup telah menyebabkan masalah ini berterusan terutama di kawasan sunyi dan ketika waktu malam.

                Kemelut ini turut ditimbulkan akibat kekurangan didikan agama terutama terhadap generasi muda kita. Amalan agama semakin dilupakan jika semakin moden sesebuah masyarakat itu. Kekurangan aspek agama menyebabkan kurangnya ketahanan diri seseorang untuk tidak melakukan jenayah. Mereka sudah hilang rasa takut akan balasan Tuhan jika melakukan kesalahan jenayah. Maka, ragut meningkat kerana masyarakat kita sudah lupa akan agama mereka.

                Tambahan pula, ada juga yang sanggup meragut kerana tamah dan ingin hidup mewah dengan segera. Hal ini berlaku mungkin kerana terpengaruh dengan kemewahan orang lain. Mereka mampu memiliki apa-apa yang diingini hidup bergaya rezeki melimpah ruah. Mereka pula malas berusaha untuk memperbaiki diri agar menjadi insan cemerlang dan berwawasan dalam hidup. Mereka ingin hidup mewah tanpa ada daya inisiatif untuk memajukan diri. Jadi, mereka mengangap bahawa meragut menjadi satu pekerjaan yang paling mudah mendapat wang dengan segera tanpa menunggu masa yang lama. Mereka tidak perlu bekerja keras untuk mendapatkan sesuatu. Contohnya, mereka inign memiliki barang-barang yang mahal seperti telefon bimbit terkini. Ringkasnya, perbuatan meragut semakin meningkat kerana mereka bersikap tamah dan ingin mendapat sesuatu dalam masa singkat.

                Kesimpulannya, kita haruslah berfikir rasional untuk mengurangkan kes ragut dalam negara ini. Semua pihak haruslah bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk mengelap kes ragut ini agar mewujudkan masyarakat yang aman dan hidup dengan harmoni.

Comments

Popular posts from this blog

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 9: Industri Pelancongan

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 65: Alam Sekitar

Usaha-Usaha Memajukan Industri Kraf Tangan