Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 1: Perindustrian


SKOP
Jenis-jenis Perindustrian
     (a) Industri primer – menyediakan bahan mentah untuk kegunaan industri lain; contohnya kayu balak disediakan untuk diproses menjadi papan, papan lapis, dan sebagainya
     (b) Industri sekunder – menukarkan hasil keluaran daripada industri primer menjadi barang untuk kegunaan manusia – industri ini terbahagi kepada dua jenis, iaitu:
a.     Industri ringan; contohnya industri yang mengeluarkan barang pengguna seperti makanan, minuman, pakaian, dan sebagainya
b.    Industri berat; contohnya industri yang mengeluarkan besi, keluli, kereta, dan sebagainya
     (c) Industri tertier – menyediakan perkhidmatan seperti kewangan, insurans, pengangkutan, perhubungan, dan sebagainya

Kebaikan dan Keburukan Perindustrian
     (a) Kebaikan
a.     Mengurangkan import barangan industri
b.    Mengurangkan pertukaran wang asing
c.     Mewujudkan peluang pekerjaan
d.    Meningkatkan kemahiran pekerja setempat
e.     Meningkatkan penggunaan bahan mentah setempah
f.       Menambah pendapatan negara
     (b) Keburukan
a.     Mengurangkan keluaran pertanian
b.    Mempercepat penerokaan dan kemusnahan hutan
c.     Menyebabkan pencemaran yang teruk
d.    Menyebabkan kesesakan

Penggunaan Teknologi Moden dalam Perindustrian
       -         Masih belum meluas; mengutamakan kaedah intensif buruh daripada kaedah intensif modal
       -         Dipengaruhi oleh buruh yang banyak dan kosnya yang murah
       -         Diutamakan penggunaan buruh kerana hendak memperbanyak peluang pekerjaan
       -         Memerlukan kemahiran dan kos yang tinggi untuk mengendalikan peralatan yang canggih
       -         Digunakan hanya dalam industri yang tertentu seperti industri automotif

Comments

Popular posts from this blog

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 9: Industri Pelancongan

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 65: Alam Sekitar

Kebaikan dan Keburukan tentang Robot Kini