Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 15: Badan Kebajikan/ Sukarela


SKOP
Penglibatan Masyarakat dalam Badan Sukarela/ Kebajikan
     (a) Beberapa jenis badan sukarela/ kebajikan
a.     RELA – ditubuhkan untuk mewujudkan keamanan dan mengawal keselamatan penduduk
b.    Rukun Tetangga – ditubuhkan di kawasan-kawasan perumahan untuk menjaga keselamatan dan kebajikan sosial penduduk
c.     PEMADAM – untuk membantu memulihkan keadaan penagih-penagih dadah
d.    Bulan Sabit Merah dan St. John Ambulans – bantuan rawatan dan pertolongan cemas
e.     KEMAS (Kebajikan Masyarakat) – membangkitkan kesedaran dan memajukan pemikiran serta keadaan hidup penduduk
f.       Persatuan Pengguna – menjaga kebajikan dan hak pengguna
     (b) Sokongan masyarakat
a.     Mendapat sokongan serta bantuan daripada agensi kerajaan, pihak swasta, dan masyarakat
b.    Banyak ditubuhkan di sekolah-sekolah
c.     Guru-guru dan ibu bapa menggalakkan anak-anak mereka menyertai pertubuhan sukarela
d.    Masyarakat sedar akan pentingnya pertubuhan ini

Sumbangan dan Peranan Badan Kebajikan/ Sukarela Secara Umum
       -         Membantu meringankan kesengsaraan masyarakat
       -         Memupuk kesejahteraan di kalangan masyarakat
       -         Bukan bertujuan mengaut keuntungan
       -         Memelihara dan menjaga kebajikan awam atau golongan tertentu dalam masyarakat
       -         Memberikan pelbagai bentuk kerjasama dan khidmat bakti
       -         Pertubuhan ini peka terhadap golongan yang kurang bernasib baik
       -         Menolong mengurangkan beban kerajaan
       -         Menyediakan kegiatan-kegiatan yang berfaedah

Masalah-masalah yang Dihadapi oleh Badan Kebajikan/ Sukarela
       -         Masalah kewangan untuk bergiat lebih cergas dan aktif
       -         Kurang kerjasama daripada masyarakat untuk membantu dan menjayakan aktiviti yang dilaksanakan
       -         Kurang alat kelengkapan – misalnya kekurangan peralatan perubatan bagi Bulan Sabit Merah dan St. John Ambulans
       -         Kekurangan pakar dan kakitangan untuk mengendalikan sesuatu aktiviti


Comments

Popular posts from this blog

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 9: Industri Pelancongan

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 65: Alam Sekitar

Kebaikan dan Keburukan tentang Robot Kini