Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 23: Perpaduan Kaum


SKOP
Kepentingan dan Faedah Perpaduan Kaum
       -         Rakyat dapat bersatu padu untuk memajukan negara
       -         Rakyat dapat hidup dalam suasana yang harmonis
       -         Negara menjadi aman dan menjadi benteng keselamatan daripada ancaman musuh
       -         Keadaan yang aman damai menggalakkan pelabur-pelabur asing melabur di negara kita; dapat meningkatkan ekonomi negara
       -         Menaikkan nama baik negara sebagai sebuah negara yang berjaya menyatupadukan rakyat yang berbilang bangsa, agama, dan budaya

Usaha-usaha Memupuk Perpaduan Kaum
       -         Menyusun semula masyarakat dari segi politik, ekonomi, dan sosial
       -         Mengadakan peraturan dan undang-undang untuk memelihara keharmonian antara kaum
       -         Mengadakan kempen-kempen tentang perpaduan kaum
       -         Memupuk nilai-nilai murni seperti hormat-menghormati, bekerjasama, dan sebagainya
       -         Menggalakkan penduduk melibatkan diri dalam kegiatan-kegiatan kemaysarakatan
       -         Mengadakan suatu sistem pendidikan bagi menyatukan penduduk pelbagai kaum
       -         Menggalakkan penduduk bersama-sama menyambut hari perayaan, hari kebesaran, dan sebaginya

Perpaduan Kaum pada Hari Ini
       -         Masyarakat mengelak daripada menimbulkan sesuatu yang sensitif kepada sesuatu kaum
       -         Masyarakat semakin menghormati adat resam, budaya, dan agama kaum lain
       -         Masyarakat yang berbilang kaum dapat hidup dalam suasana yang harmoni di sesuatu kawasan
       -         Konsep rumah terbuka sudah menjadi suatu budaya baru – masyarakat pelbagai kaum mengambil kesempatan ini untuk kunjung-mengunjung
       -         Masyarakat bersama-sama berusaha untuk meningkatkan ekonomi negara



Comments

Popular posts from this blog

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 9: Industri Pelancongan

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 65: Alam Sekitar

Kebaikan dan Keburukan tentang Robot Kini