Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 30: Televisyen/ Video/ Filem


SKOP
Pengaruhnya terhadap Masyarakat
       -         Merupakan medium yang mempunyai pengaruh yang sangat besar terhadap masyarakat
       -         Cerita-cerita yang bercorak kekeluargaan, yang memberikan ilmu pengetahuan, yang memaparkan berita dan ehwal semasa, rancangan kanak-kanak, dan rancangan agama banyak memberikan kebaikan kepada masyarakat
       -         Cerita-cerita yang berunsur keganasan, seks, tahayul, dan sebagainya pula membawa keburukan
       -         Kanak-kanak dan golongan remaja begitu mudah terpengaruh oleh cerita-cerita yang ditonton
       -         Mereka akan terikut-ikut oleh sesuatu yang dilihat tanpa berfikir dan tanpa menyedari aspek negatifnya; contohnya meniru aksi, pakaian, atau cara kehidupan artis pujaan mereka, melakukan adegan-adegan ‘stunt’ yang berbahaya, dan lain-lain sebagainya
       -         Secara tidak langsung pengaruh buruk ini akan menjejaskan moral atau akhlak golongan muda di negara kita – harapan tinggi diletakkan di bahu mereka akan berkecai
       -         Kerajaan perlu prihatan terhadap pengaruh dan kesan tayangan-tayangan filem atau bahan-bahan yang disiarkan di televisyen, video, dan filem terhadap masyarakat

Kesesuaian Rancangan kepada Masyarakat
       -         Cerita-cerita yang ditayangkan harus sesuai kepada sesuatu golongan masyarakat atau peringkat umur
       -         Masa tayangan harus juga disesuaikan
       -         Cerita-cerita yang sesuai ditonton oleh kanak-kanak dan para pelajar sewajarnya disiarkan pada sebelah siang atau awal malam
       -         Cerita-cerita yang hanya sesuai ditonton oleh orang dewasa pula harus disiarkan pada lewat malam
       -         Cerita-cerita yang diimport, khasnya dari negara Barat haruslah ditapis dengan teliti atau dikurangkan kerana kebanyakan cerita ini mempunyai unsur-unsur yang kurang sesuai dengan adat dan budaya masyarakat kita
       -         Badan penyiaran setempat RTM, TV3, Metrovision, dan NTV7, Mega TV, dan ASTRO perlu memperbanyak rancangan tempatan yang menekankan unsur-unsur moral dan hiburan yang sesuai dengan kebudayaan kita

Fungsi dan Peranannya
       -         Sebagai alat untuk menyebarkan berita atau maklumat yang penting dan yang terkini dari dalam atau luar negeri
       -         Sebagai alat untuk menyampaikan pengetahuan kepada masyarakat terutamanya masyarakat pelajar – contohnya TV Pendidikan
       -         Sebagai alat hiburan kepada masyarakat
       -         Dapat menyatupadukan rakyat yang berbilang bangsa melalui penyiaran bahan-bahan yang bertemakan integrasi nasional
       -         Dapat memperkenalkan kebudayaan kaum-kaum yang berlainan

Comments

Popular posts from this blog

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 9: Industri Pelancongan

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 65: Alam Sekitar

Usaha-Usaha Memajukan Industri Kraf Tangan