Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 10: Perumahan


SKOP
Masalah Perumahan pada Hari Ini
       -          Golongan yang berpendapatan rendah masih tidak mampu memiliki rumah sendiri – bekalan rumah kos rendah oleh kerajaan tidak memenuhi sasaran asal
       -         Pemaju-pemaju perumahan gagal menyiapkan rumah mengikut tempoh yang ditetapkan – projek perumahan terbengkalai – membebankan pembeli rumah
       -         Pembinaan rumah-rumah mewah di kawasan kaki bukit terpaksa dihentikan berikutan kejadian kondominium runtuh suatu ketika dulu
       -         Rumah yang siap dibina oleh pemaju perumahan tidak memenuhi spesifikasi yang ditetapkan

Isu yang Berkaitan dengan Pemaju Perumahan
       -         Tidak menyiapkan projek perumahan mengikut jadual
       -         Tidak menyediakan kemudahan-kemudahan tertentu seperti kemudahan rekreasi untuk penduduk di kawasan perumahan
       -         Mengenakan faedah yang tinggi terhadap pembeli rumah kerana kelewatan mengurus pembayaran
       -         Pembinaan rumah tidak menepati pelan asalnya – misalnya, sistem pembentungan yang tidak sempurna, keluasan yang tidak tepat, dan sebagainya
       -         Mengenakan bayaran terhadap penyelenggaraan sampah sarap, longkang, dan sebagainya tetapi penyelenggaraan yang dijalankan tidak memuaskan penduduk
       -         Bahan-bahan binaan yang digunakan bermutu rendah – menyebabkan berlakunya keretakan pada rumah

Usaha-usaha Mengatasi Masalah Perumahan
       -         Menswastakan projek-projek perumahan kos rendah dan kos sederhana yang dimajukan oleh Perbadanan Kemajuan Ekonomi setiap negeri sebelum ini
       -         Mempercepat proses pertukaran syarat pecah sempadan/syarat hak milik atau status tanah untuk projek perumahan dan kelulusan pelan bangunan
       -         Meneruskan pemberian kemudahan pinjaman pada kadar yang lebih rendah daripada kadar faedah pasaran
       -         Membina rumah-rumah kos rendah dan kos sederhana dengan lebih banyak dan menghentikan projek pembinaan rumah mewah
       -         Menghidupkan projek perumahan yang tergendala melalui perundingan atau melalui penswastaan
       -         Kerajaan negeri hendaklah memberikan galakan-galakan yang berpatutan kepada pemaju perumahan


Comments

Popular posts from this blog

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 9: Industri Pelancongan

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 65: Alam Sekitar

Kebaikan dan Keburukan tentang Robot Kini