Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 5: Penswastaan


SKOP
Faedah-faedah Penswastaan
       -         Menjimatkan belanjawan kerajaan, khususnya dari segi perbelanjaan mengurus
       -         Menambah pendapatan kerajaan, yakni daripada cukai yang dikenakan
       -         Meningkatkan keberkesanan dan kelancaran tugas serta prestasi agensi yang diswastakan
       -         Menawarkan insentif yang lebih baik kepada pekerja dan hal ini dapat meningkatkan produktiviti mereka
       -         Menawarkan perkhidmatan yang lebih baik untuk kepuasan pengguna

Perkembangan Penswastaan di Malaysia
       -         Merangkum bidang perhubungan, pengangkutan, dan sebagainya
       -         Berkembang dengan lancar dan baik
       -         Kejayaan penswastaan di negara kita dikagumi banyak negara
       -         Banyak agensi kerajaan yang sudah diswastakan – contohnya Telekom Malaysia Bhd., Tenaga Nasional Bhd., dan sebagainya
       -         Agensi yang diswastakan berkembang dengan lebih pesat dan memperoleh keuntungan yang besar
       -         Lebih banyak agensi yang dijangka akan diswastakan

Penglibatan Pihak Swasta dalam Bidang Tertentu
       -         Kerjasama pihak swasta disaran oleh kerajaan
       -         Bidang yang dapat diberi kerjasama ialah bidang teknikal yang memerlukan kemahiran yang tinggi dan penggunaan teknologi yang canggih
       -         Pihak swasta dapat juga membekalkan peralatan canggih yang diperlukan serta memberikan bantuan kepada agensi yang diswastakan
       -         Contohnya dalam bidang tenaga elektrik, kekurangan bekalannya tidak lama dahulu ditampung melalui kerjasama antara pihak Tenaga Nasional dengan pihak swasta
       -         Pihak swasta menjual tenaga elektrik dari janakuasa mereka kepada pihak Tenaga Nasional dengan harga yang tertentu dan dalam tempoh tertentu; Tenaga Nasional kemudiannya menyalurkan tenaga elektrik kepada pengguna

Comments

Popular posts from this blog

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 9: Industri Pelancongan

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 65: Alam Sekitar

Kebaikan dan Keburukan tentang Robot Kini