Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 27: Isu Kanak-kanak


SKOP
Isu Kanak-kanak Terbiar
     (a) Faktor-faktor
a.     Perpecahan keluarga – perceraian, kematian ibu atau bapa
b.    Tekanan ekonomi
c.     Ibu bapa atau penjaga terpengaruh oleh dadah dan arak
d.    Kurang pengawasan daripada ibu bapa – ibu bapa terlalu sibuk mengejar kemewahan
e.     Anak-anak dipelihara oleh orang lain
f.       Kurangnya pendidikan agama
     (b) Kesan
a.     Perkembangan mental kanak-kanak itu terjejas
b.    Kanak-kanak itu tidak yakin kepada diri sendiri
c.     Kanak-kanak itu mudah terpengaruh oleh gejala-gejala sosial
d.    Kanak-kanak itu mempunyai kecenderungan untuk mengabaikan pelajaran
e.     Dapat menyebabkan penganiayaan atau penderaan fizikal dan mental
f.       Menjejaskan keharmonian masyarakat sekiranya kanak-kanak itu terlibat dalam kegiatan yang kurang sihat

Penggunaan Tenaga Kerja di Kalangan Kanak-kanak
       -         Berlaku terutamanya kepada golongan kanak-kanak yang berasal daripada keluarga yang miskin
       -         Terpaksa bekerja kerana kesempitan hidup
       -         Ada juga kes yang melibatkan kanak-kanak terutamanya dari negara asing yang dieksploitasikan oleh orang-orang atau sindiket yang tertentu – contohnya menjadi pengemis
       -         Penggunaan tenaga kanak-kanak ini berlaku di tiga sektor, iaitu:
o   Pertanian – sebagai buruh atau pekerja di ladang
o   Pembinaan – sebagai pekerja binaan
o   Perkhidmatan – sebagai pembantu rumah, kedai, dan restoran
       -         Penggunaan tenaga kerja kanak-kanak ini merupakan suatu kesalahan besar dari segi undang-undang
       -         Kanak-kanak ini sering diberi layanan yang buruk sama ada dari segi gaji atau kemudahan yang lain
       -         Kerajaan harus bertindak tegas bagi membendung masalah ini

Tanggungjawab Masyarakat terhadap Kanak-kanak
       -         Memberikan kasih sayang, perhatian, dan pendidikan yang sempurna kepada kanak-kanak
       -         Melaporkan kegiatan orang-orang atau sindiket yang tertentu yang dipercayai menggunakan tenaga kerja kanak-kanak
       -         Memastikan bahawa golongan kanak-kanak mendapat perlindungan yang sewajarnya
       -         Mewujudkan suasana yang harmoni di kalangan keluarga dan masyarakat
       -         Menyediakan tempat tinggal, tempat belajar, dan tempat bermain yang selamat dan bersih untuk kanak-kanak
       -         Menunjukkan contoh yang baik kepada kanak-kanak


Comments

Popular posts from this blog

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 9: Industri Pelancongan

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 65: Alam Sekitar

Usaha-Usaha Memajukan Industri Kraf Tangan