Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 3: Isu Pembalakan


SKOP
Kesan Pembalakan
     (a) Kebaikan
a.     Memberikan pendapatan kepada penduduk dan negara
b.    Menyediakan peluang pekerjaan
c.     Membantu memperkembang industri berasaskan kayu-kayan
     (b) Keburukan
a.     Musnahnya hutan yang merupakan khazanah yang amat bernilai
b.    Pupusnya spesies haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang sukar ditemukan
c.     Musnahnya habitat hidupan liar
d.    Hakisan tanah yang teruk dan struktur tanah terganggu lalu menyebabkan tanah runtuh, banjir kilat, dan sebagainya
e.     Perubahan arah angin dan cuaca berlaku – bekalan oksigen berkurang
f.       Kawansan tadahan air negara terjejas
g.     Kesuburan tanah semakin kurang

Usaha-usaha Mengekalkan Kawasan Hutan
       -         Pengeluaran balak dikurangkan dengan mengehadkan kawasan pembalakan
       -         Kawalan di kawasan hutan diperketat; dijalankan oleh Jabatan Perhutanan
       -         Penanaman semula hutan atau penghutanan semula dijalankan
       -         Penebangan pohon yang matang saja dibenarkan
       -         Kesedaran tentang pentingnya hutan ditingkatkan melalui pelbagai kempen di pelbagai peringkat
       -         Penyelidikan terhadap penanaman dan pengurusan hutan ditingkatkan; dijalankan oleh Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)
       -         Hukuman yang berat terhadap mereka yang menjalankan pembalakan haram

Isu Pembalakan Haram
     (a) Cara dijalankan
a.     Secara sulit, yakni jauh di dalam hutan/ kawasan pedalaman
b.    Di kawasan hutan yang berdekatan dengan kawasan yang dibenarkan untuk pembalakan
c.     Di kawasan hutan simpanan yang berdekatan dengan kawasan yang hendak dibangunkan
d.    Secara penipuan dan penyelewengan dengan melibatkan orang-orang yang berpangkat dan berpengaruh
     (b) Kesan
a.     Merugikan negara dari segi pendapatan cukai
b.    Membahayakan keselamatan awan jika terdapat berdekatan dengan kawasan kediaman – ancaman tanah runtuh
c.     Menyebabkan banjir kilat – kerugian harta benda dan nyawa
d.    Mengurangkan keluasan kawasan hutan secara drastik
e.     Menjejaskan kawasan hutan yang diwartakan sebagai hutan simpanan dan kawasan tadahan hujan


Comments

Popular posts from this blog

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 9: Industri Pelancongan

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 65: Alam Sekitar

Usaha-Usaha Memajukan Industri Kraf Tangan