Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 14: Isu Kependudukan
SKOP
Isu Rakyat Termiskin
(a) Siapa mereka?
a. Kebanyakan keluarga yang
miskin di luar bandar ialah penduduk Melayu
b. Garis kemiskinan pada
tahun 1989 ialah RM 350 sebulan untuk isi rumah yang terdiri daripada 5.14
orang
c. Isi rumah termiskin ialah
isi rumah yang pendapatannya separuh daripada purata pendapatan bulanan
keluarga miskin, iaitu RM 175 sebulan
(b) Keadaan mereka
a. Tempat tinggal yang tidak
sempurna
b. Pakaian, makanan,
kesihatan, dan pelajaran mereka pada tahap yang kurang memuaskan
c. Memerlukan perhatian dan
bantuan
(c) Program dan rancangan untuk rakyat termiskin
a. Pelbagai usaha dilakukan
untuk membantu rakyat termiskin:
i.
Badan-badan kerajaan seperti UDA dan MARA ditugasi
menyusun semula masyarakat dan membasmi kemiskinan
ii.
Agensi kerajaan membentuk suatu Program Pembangunan
Rakyat Termiskin (PPRT) di kawasan luar bandar
iii.
Pelancaran Tabung Ikhtiar 1993 merupakan usaha pihak
swasta untuk membantu rakyat termiskin
iv.
Projek Sang Kancil berjaya menambah pendapatan keluarga
termiskin serta meningkatkan kesedaran mereka
v.
Bantuan dalam bentuk kewangan diagihkan kepada rakyat
termiskin mengikut purata pendapatan mereka
vi.
Pusat Pungutan Zakat negeri menyalurkan sumbangan kepada
golongan ini
Migrasi dan Perpindahan
Penduduk
(a) Terdapat dua jenis migrasi
a. Migrasi dalaman
i.
Melibatkan perpindahan penduduk antara kawasan atau
negeri dalam sesebuah negara yang sama
ii.
Mempunyai beberapa jenis aliran seperti:
1. Dari luar bandar (desa)
ke bandar
2. Dari bandar ke luar
bandar
3. Dari luar bandar ke luar
bandar (desa)
4. Dari bandar ke bandar
b. Migrasi antarabangsa
i.
Melibatkan penghijrahan dari suatu negara ke negara yang
lain
(b) Faktor-faktor migrasi
a. Faktor tolakan
i.
Wujud sikap memilih pekerjaan
ii.
Faktor kemiskinan
iii.
Bencana alam
b. Faktor tarikan
i.
Pendapatan yang lumayan
ii.
Banyak peluang pekerjaan
iii.
Taraf hidup yang tinggi
Isu Kepadatan Penduduk
-
Kurang pengetahuan mengenai perancangan keluarga di
kalangan penduduk termiskin
-
Migrasi
-
Tempat tinggai yang tidak sempurna
-
Tarikan ekonomi di kawasan tertentu
-
Jaminan hidup yang sempurna
-
Berhijrah kerana pertukaran tempat kerja
-
Saranan kerajaan untuk mencapat matlamat 70 juta penduduk
-
Wujud pelbagai masalah sosial dan masalah jenayah
Comments
Post a Comment