Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 25: Hobi/ Kegiatan/ Masa Lapang


SKOP
Jenis-jenis Hobi/ Kegiatan Masa Lapang
       -         Kerja tangan seperti menjahit, menyulam, mengukir, dan sebagainya
       -         Bersukan seperti bermain bola sepak, berenang, berjoging, dan sebagainya
       -         Berbentuk pengetahuan seperti membaca, mengumpulkan setem, mengumpulkan lencana, dan sebagainya
       -         Berbentuk hiburan seperti memancing, mendengar lagu, bernyanyi, menonton, dan sebagainya
       -         Kegiatan lasak seperti mengembara, mendaki bukit atau gunung, dan sebagainya

Fungsi dan Tujuan Bergiat dalam Sesuatu Hobi/ Kegiatan Masa Lapang
       -         Memanfaatkan masa lapang dengan sesuatu yang berfaedah
       -         Menenangkan dan melapangkan fikiran kerana melakukan sesuatu yang menyenangkan dan yang di luar lingkungan tugas seharian
       -         Menggerakkan otot-otot dan secara tidak langsung menjadi suatu bentuk senaman ringan
       -         Menimba ilmu pengetahuan dan pengalaman yang mungkin memberikan manfaat pada masa akan datang
       -         Mengeratkan hubungan mesra dengan orang lain dan mewujudkan suasana yang harmonis
       -         Dapat menambah hasil pendapatan atau menjadi suatu kerjaya
       -         Melahirkan ketahanan, keyakinan diri, ketabahan, dan kesabaran

Usaha-usaha Menggalakkan Masyarakat Mempunyai Hobi/ Kegiatan Masa Lapang
       -         Menyediakan kemudahan atau tempat rekreasi lebih banyak bagi memudahkan masyarakat menjalankan kegiatannya
       -         Menubuhkan kelab-kelab supaya masyarakat dapat berkumpul dan bertukar-tukar fikiran
       -         Mengadakan pertandingan-pertandingan dan menggalakkan masyarakat untuk turut serta
       -         Memperkenalkan sesuatu hobi melalui media massa seperti di akhbar-akhbar, majalah, televisyen, dan sebagainya
       -         Pemimpin, guru, atau ibu bapa harus memberikan teladan yang baik supaya rakyat, pelajar, atau anak-anak turut bergiat dalam sesuatu hobi



Comments

Popular posts from this blog

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 9: Industri Pelancongan

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 65: Alam Sekitar

Usaha-Usaha Memajukan Industri Kraf Tangan