Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 19: Adat Resam/ Istiadat


SKOP
Adat Resam Pelbagai Kaum
       -         Adat resam adalah peraturan atau cara-cara melakukan sesuatu yang sudah menjadi kebiasaan dan menjadi amalan turun-temurun dalam sesuatu masyarakat
       -         Adat resam ini adalah warisan yang menjadi tradisi kehidupan sesuatu kaum
       -         Adat resam berbeza antara satu kaum dengan kaum yang lain kerana
o   Berlainan kepercayaan agama
o   Dipengaruhi oleh cara hidup dan budaya
o   Dipengaruhi oleh latar belakang sesebuah masyarakat
o   Adat resam terdapat dalam cara hidup kita seperti dalam perkahwinan, ketika melahirkan bayi, berpindah rumah, keluar rumah, dan lain-lain sebagainya

Fungsi dan Peranan Adat Resam
       -         Adat resam dapat mengekalkan kebudayaan sesuatu masyarakat dan dapat dikenal oleh generasi baru dan masyarakat dari luar negara
       -         Berfungsi menjaga tatacara hidup sesuatu kaum, bersesuaian dengan agama dan budaya mereka
       -         Contohnya masyarakat Melayu diajar supaya membongkokkan badan mereka apabila berjalan di hadapan orang tua sebagai tanda hormat – agama menggalakkan kita supaya menghormati orang tua – menjadi warisan supaya yang muda menghormati yang tua
       -         Mewujudkan nilai-nilai yang murni dan hormat-menghormati dalam kehidupan
       -         Dapat memperkaya budaya bangsa dan negara

Amalan Adat Resam pada Hari Ini
       -         Amalan adat resam masih kuat diamalkan oleh masyarakat luar bandar dan semakin kurang diamalkan oleh masyarakat bandar
       -         Masyarakat luar bandar masih mengamalkan adat resam kerana mereka masih berpegang kuat pada warisan nenek moyang dan masih lagi mempercayai kepercayaan-kepercayaan karut tentang kuasa ghaib
       -         Masyarakat di bandar lebih berfikiran terbuka
       -         Ada adat resam pada hari ini yang baik untuk diikuti dan ada yang harus ditinggalkan
       -         Antara amalan adat resam yang harus diteruskan adalah amalan:
o   Yang bersesuaian dengan ajaran agama
o   Yang melambangkan peradaban yang tinggi
o   Yang baik untuk dijadikan panduan dan pengajaran dalam hidup
o   Yang dapat mendidik masyarakat tentang nilai-nilai moral yang mulia
       -         Amalan yang harus ditinggalkan adalah amalan:
o   Yang menjadikan masyarakat berfikiran pasif dan kolot
o   Yang menyusahkan kehidupan sesebuah masyarakat
o   Yang negatif yang merugikan sesebuah masyarakat


Comments

Popular posts from this blog

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 9: Industri Pelancongan

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 65: Alam Sekitar

Kebaikan dan Keburukan tentang Robot Kini