Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 28: Kesihatan


SKOP
Kepentingan Kesihatan
       -         Konsep kesihatan merangkum aspek fizikal, mental, sosial, emosi, dan rohani
       -         Membentuk masyarakat yang sejahtera dan produktif
       -         Mengekalkan kecergasan tubuh badan
       -         Menyukarkan jangkitan kuman yang menyebabkan penyakit
       -         Menjadikan otak lebih cerdas
       -         Menjadikan hidup lebih selesa dan bahagia 
       -         Melancarkan tugasan harian yang dilakukan dan mencapai apa-apa matlamat yang dirancang

Cara-cara Menjaga Kesihatan
       -         Mengambil makanan yang seimbang dan berkhasiat
       -         Melakukan senaman dan menjalankan aktiviti rekreasi
       -         Mempunyai waktu rehat yang cukup
       -         Melakukan pemeriksaan kesihatan
       -         Menjaga kebersihan diri, tempat tinggal, dan alam sekeliling
       -         Tidak mengambil sesuatu yang dapat memudaratkan kesihatan secara berlebihan-lebihan seperti gula, makanan yang berlemak, dan sebagainya
       -         Menjauhkan amalan yang dapat menjejaskan kesihatan seperti menghisap rokok, minum minuman keras, dan sebagainya

Tahap Kesihatan Rakyat
       -         Cukup memuaskan, baik di bandar mahupun di luar bandar, baik di kalangan kanak-kanak mahupun di kalangan orang-orang dewasa dan orang-orang tua
       -         Dapat menyaingi tahap kesihatan rakyat di negara maju
       -         Jarang-jarang sekali berlakunya wabak penyakit yang serius
       -         Kesedaran tentang pentingnya menjaga kesihatan di kalangan rakyat begitu tinggi
       -         Kawalan terhadap sesuatu penyakit mudah dan pantas dilakukan
       -         Perkhidmatan kesihatan disediakan di seluruh pelosok negara
       -         Mutu perkhidmatan kesihatan semakin baik dengan meningkatnya kemahiran pegawai kesihatan dan penggunaan peralatan yang canggih
       -         Mutu perkhidmatan kesihatan dikagumi dan diiktiraf hingga peringkat antarabangsa

Comments

Popular posts from this blog

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 9: Industri Pelancongan

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 65: Alam Sekitar

Kebaikan dan Keburukan tentang Robot Kini