Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 29: Majikan/ Pekerja


SKOP
Tanggungjawab Majikan kepada Pekerja
       -         Bersikap adil kepada pekerja tanpa mengira jatina, bangsa, dan agama
       -         Menjaga kebajikan dan hal ehwal para pekerja
       -         Menyediakan tempat kerja yang selamat, bersih, serta lengkap dengan kemudahan seperti surau, kantin, dan sebagainya
       -         Membayar kadar upah, elaun, dan bonus yang setimpal dengan kerja dan tanggungjawab yang diberikan kepada pekerja
       -         Menyediakan kemudahan rawatan percuma dan insurans kepada pekerja menyediakan latihan kemahiran yang secukupnya kepada para pekerja agar kerjaya mereka dapat berkembang

Kualiti Kerja dan Produktiviti
       -         Rendah atau tingginya produktiviti ditentukan oleh kualiti kerja
       -         Kualiti kerja akan tercapai jika pekerja mempunyai kualiti yang tinggi; misalnya mempunyai kelayakan dan kemahiran yang tinggi, berdedikasi, bermoral tinggi, dan sebagainya
       -         Kualiti kerja dapat ditingkatkan jika pekerja diberi pendedahan tentang pengetahuan terbaru yang berkaitan dengan tugasnya melalui kursus, seminar, bengkel, dan sebagainya
       -         Kualiti kerja ditingkatkan juga melalui suasana tempat kerja yang selesa dan sempurna serta layanan yang memuaskan daripada majikan

Etika Kerja
       -         Bermaksud prinsip moral atau nilai-nilai akhlak, atau tingkah laku yang dijadikan pengangan semasa menjalankan tugas
       -         Antara etika kerja itu termasuklah berdisiplin, bertanggungjawab, berdedikasi, amanah, jujur, dan sebagainya
       -         Penting agar sesuatu kerja dapat berjalan dengan lancar dan sempurna serta mencapai kualiti yang dikehendaki
       -         Penting juga supaya suasana kerja yang sihat dan harmonis terbentuk antara pekerja dengan pekerja dan antara pekerja dengan majikan


Comments

Popular posts from this blog

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 9: Industri Pelancongan

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 65: Alam Sekitar

Kebaikan dan Keburukan tentang Robot Kini