Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 8: Kempen


SKOP
Tujuan Diadakan Kempen
       -         Untuk memperkenalkan sesuatu rancangan kerajaan kepada rakyat – contohnya: “Kempen Belilah Barang Buatan Malaysia”
       -         Untuk mempengaruhi rakyat supaya menyokong usaha kerajaan – contohnya: kempen semasa pilihan raya
       -         Untuk menyelesaikan sesuatu masalah demi kepentingan rakyat – contohnya: kempen berkongsi kereta untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di ibu kota
       -         Untuk memberikan kesedaran kepada rakyat agar melaksanakan sesuatu usaha murni kerajaan – contohnya: kempen antidadah
       -         Untuk menjamin suatu kehidupan yang sejahtera dan selsesa seperti kempen bederma darah

Sambutan Masyarakat terhadap Kempen
       -         Pada pendapat saya kempen-kempen tersebut mendapat sambutan daripada masyarakat Malaysia
       -         Buktinya – buah kelapa muda dari kampung dijual dengan banyaknya di bandar – harganya meningkat
       -         Air kelapa muda dijual di hotel-hotel juga
       -         Bekas Menteri Pertanian, Datuk Seri Sanusi Junid pernah menyarankan agar kelapa dijadikan tanaman komersial
       -         Ulam-ulam dijual dengan banyaknya di pasar malam, di pasar tani, dan di pasar raya yang utama juga

Keberkesanan Kempen
       -         Ada kempen yang berjaya mencapai objektifnya dan ada pula yang kurang mendapat sambutan daripada masyarakat
       -         Contoh kempen yang berjaya:
o   “Kempen Belilah Barang Buatan Malaysia” – contohnya penjualan kereta nasional Proton Saga kepada rakyat meningkat dari setahun ke setahun
o   “Kempen Jantung Hatiku” – sumbangan derma yang diterima oleh kerajaan daripada orang perseorangan, badan korporat, dan sebaginya banyak sekali – sumbangan tersebut dapat membantu pesakit-pesakit janutng yang tidak berkemampuan
       -         Contoh kempen yang kurang mendapat sambutan:
o   Kempen menggunakan bahasa baku – tidak banyak pihak termasuk Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang melaksanakan kempen ini
o   Kempen keselamatan jalan raya – banyak kemalangan yang berlaku sebagai akibat kecuaian pemandu; pengguna van masih melanggar masih banyak yang tidak mematuhi peraturan jalan raya
o   Kempen berkongsi kereta – masih banyak pemandu yang lebih senang menggunakan keretanya sendiri – kesesakan lalu lintas belum dapat dikurangkan


Comments

Popular posts from this blog

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 9: Industri Pelancongan

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 65: Alam Sekitar

Usaha-Usaha Memajukan Industri Kraf Tangan