Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 13: Sukan


SKOP
Perkembangan Sukan di Malaysia
       -         Perkembangan sukan pada umumnya dikendalikan oleh Majlis Sukan Negara dan Majlis Sukan Negeri
       -         Banyak kelab sukan yang ditubuhkan untuk memajukan sukan-sukan tertentu
       -         Banyak syarikat yang berlumba-lumba menjadi penaja sukan
       -         Biasiswa sukan dan skim perangsang diberikan kepada ahli sukan untuk meningkatkan pencapaian dalam sukan
       -         Banyak institusi sukan yang dibina – jurulatih asing diambil
       -         Beberapa kejohanan diadakan setiap tahun, seperti Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia
       -         Peningkatan taraf semi-pro – bola sepak

Faedah-faedah Bersukan
       -         Membina kesihatan tubuh dan mental
       -         Menawarkan satu peluang niaga iaitu pengeluaran alat-alat sukan
       -         Peluang pekerjaan dapat diwujudkan/ mengurangkan masalah pengangguran
       -         Mengeratkan hubungan dengan negara lain
       -         Mencari bakat-bakat baru dalam bidang sukan
       -         Mengeratkan silaturahim dan persaudaraan

Usaha-usaha Meningkatkan Mutu Sukan Negara
       -         Program latihan sukan yang lebih teratur – misalnya projek BAM untuk badminton, projek bola sepak MILO, projek sekolah menengah
       -         Menggunakan khidmat jurulatih antarabangsa – misalnya untuk badminton, olahraga, bola sepak, dan sebagainya
       -         Menganjurkan dan menjadi tuan rumah bagi pelbagai temasya atau acara sukan – misalnya Badminton Piala Thomas, Skuasy Remaja Dunia, Bola Sepak Remaja Piala Dunia, Sukan Komanwel (SUKOM) 1998, dan lain-lain
       -         Menyediakan subsidi dan sumbangan untuk kemajuan kelab-kelab sukan
       -         Memajukan sukan di sekolah-sekolah
       -         Menyediakan skim insentif kepada mereka yang berjaya di peringkat antarabangsa


Comments

Popular posts from this blog

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 9: Industri Pelancongan

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 65: Alam Sekitar

Usaha-Usaha Memajukan Industri Kraf Tangan