Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 11: Lebuh Raya


SKOP
Perkembangan Lebuh Raya pada Hari Ini
     (a) Sejarah
a.     Sebelum pembinaan lebuh raya, jalan utama di negara kita ialah jalan dua hala yang sempit
b.    Jalannya bengkang-bengkok dan berbahaya – sesak
c.     Jalan utama yang menghubungkan Perlis dengan Singapura dibina pada tahun 1928 – banyak bahagian yang rosak
d.    Jalan yang menghubungkan pantai timur dengan pantai barat dibina selepas tahun 1945
     (b) Perkembangan pembinaan lebuh raya
a.     Berkembang pesat secara berperingkat-peringkat
b.    Kebanyakan lebuh raya tertumpu di kaki bukit dan di dataran pantai
c.     Banyak lebuh raya dari pantai Semenanjung Malaysia yang merentas kawasan pergunungan melalui terowong dan lembah bukit
d.    Lebuh Raya Utara-Selatan sepanjang kira-kira 900 kilometer siap dibina pada tahun 1994
     (c) Antara lebuh raya yang terdapat di Semenanjung Malaysia termasuklah:
a.     Lebuh Raya Timur-Barat
b.    Lebuh Raya Kuala Lumpur – Petaling Jaya – Klang (Lebuh Raya Persekutuan)
c.     Lebuh Raya Kuala Krai – Gua Musang
     (d) Antara lebuh raya yang terdapat di Sabah termasuklah:
a.     Lebuh Raya Tamparuli – Ranau
b.    Lebuh Raya Lahad Datu – Semporna
     (e) Antara lebuh raya yang terdapat di Sarawak termasuklah:
a.     Jalan Raya Bintulu – Tanjung Kidurung
b.    Jalan Raya Bako
c.     Jalan Lubuk Antu – Batang Ai

Fungsi Lebuh Raya
       -         Memendekkan masa perjalanan dan menjimatkan penggunaan bahan api
       -         Memudahkan kawasan-kawasan terpencil dimajukan
       -         Menjadi jalan utama untuk mengangkut hasil-hasil pertanian, perlombongan, pembalakan, perikanan, dan perkilangan
       -         Menghubungkan kawasan pedalaman dengan bandar dan pelabuhan
       -         Memudahkan perjalanan dari suatu tempat ke suatu tempat
       -         Mengurangkan kesesakan lalu lintas
       -         Menyediakan perjalanan yang lebih selesa dan selamat

Isu-isu yang Berkaitan dengan Lebuh Raya
       -         Kadar bayaran tol yang tinggi
       -         Terdapat perangkap had laju di sepanjang lebuh raya
       -         Kerja membaiki dan mempelebar jalan masih dilakukan
       -         Terdapat pemandu yang tidak mengikut peraturan – meletakkan kereta di bahu-bahu jalan tanpa memikirkan keselamatan
       -         Terdapat segelintir golongan muda yang menganjurkan perlumbaan kereta dan motosikal haram pada waktu malam

Comments

Popular posts from this blog

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 9: Industri Pelancongan

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 65: Alam Sekitar

Usaha-Usaha Memajukan Industri Kraf Tangan