Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 17: Gotong-Royong/ Kerjasama


SKOP
Kebaikan Amalan Gotong-royong
       -         Mewujudkan perpaduan
       -         Sesuatu pekerjaan yang besar dan sukar akan menjadi lebih mudah dan ringan untuk dilaksanakan
       -         Menjimatkan masa dan tenaga
       -         Mewujudkan persefahaman dan kemesraan di kalangan anggota masyarakat
       -         Mewujudkan suasana yang harmoni dan hormat-menghormati
       -         Pertahanan negara menjadi kukuh

Amalan Gotong-royong pada Hari Ini
     (a) Di kampung
a.     Amalan gotong-royong masih teguh di kalangan masyarakat di kampung masih diamalkan – mementingkan perpaduan dan perkongsian (berat sama dipikul, ringan sama dijinjing)
b.    Memang lumrah masyarakat kampung yang hidup tolong-menolong secara sukarela
c.     Hubungan antara jiran masih kukuh dan kemesraan antara jiran masih terjalin
d.    Beberapa contoh amalan gotong-royong di kalangan masyarakat kampung ialah ketika bersawah padi, mendirikan rumah, surau atau masjid, membina jalan raya dan jambatan, mengadakan kenduri-kendara
     (b) Di bandar
a.     Amalan gotong-royong kurang diamalkan oleh masyarakat di bandar kerana
                                                             i.      Masyarakat di bandar sibuk dan lebih mengutamakan urusan dan kepentingan masing-masing
                                                          ii.      Masyarakat bandar bersikap individualistik dan suka berlumba-lumba atau menunjuk-nunjuk kelebihan masing-masing
                                                       iii.      Kemewahan menyebabkan mereka menganggap bahawa pertolongan orang lain tidak diperlukan
                                                        iv.      Contohnya majlis perkahwinan diadakan di dewan-dewan atau hotel-hotel dan penyediaan makanan dilakukan oleh pengusaha-pengusaha makanan dan bukan lagi jiran tetangga

Cara-cara Menggalakkan Gotong-royong
     (a) Di peringkat sekolah
a.     Mengadakan kegiatan pertanian untuk menggalakkan pelajar-pelajar bertani secara bergotong-royong
b.    Membiasakan pelajar dengan aktiviti-aktiviti yang dapat dilakukan secara bekerjasama seperti membersihkan dan menghiaskan kawasan sekolah
c.     Menggalakkan pelajar menghayati mata pelajaran Pengetahuan Moral untuk menggalakkan gotong-royong di kalangan pelajar
     (b) Di peringkat institusi pengajian tinggi
a.     Mengadakan projek anak angkat – para siswazah bergotong-royong membersihkan kawasan kampung
b.    Bersama-sama bergabung tenaga dan fikiran untuk memajukan kawasan kampung yang mengadakan projek anak angkat
     (c) Di kawasan-kawasan perumahan
a.     Melalui kegiatan Rukun Tetangga untuk menjaga keselamatan penduduk kawasan tersebut
b.    Melalui kegiatan membersihkan kawasan perumahan yang melibatkan pembersihan longkang, surau, dan padang permainan untuk keselesaan hidup
c.     Menganjurkan sukan/ hari keluarga di kalangan penduduk
d.    Mengadakan ceramah di masjid, surau, atau dewan tentang pentingnya kerjasama/ gotong-royong
     (d) Di peringkat negeri atau negara
a.     Kerajaan hendaklah memperbanyak projek dan aktiviti gotong-royong terutamanya oleh belia-belia pelbagai kaum
b.    Galakan kerjasama di kementerian dan jabatan kerajaan


Comments

Popular posts from this blog

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 9: Industri Pelancongan

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 65: Alam Sekitar

Kebaikan dan Keburukan tentang Robot Kini