Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 7: Agensi Kerajaan


SKOP
Jenis-jenis Agensi Kerajaan
       -         Terbahagi kepada dua jenis, iaitu agensi pusat dan agensi pelaksana (agensi mengurus)
       -         Agensi pusat – agensi kerajaan yang bertanggungjawab membantu, menyeleras, dan mengawal perjalanan agensi pelaksana
       -         Agensi pelaksana – agensi kerajaan (kementerian dan jabatan) yang melaksanakan kerja-kerja pembangunan serta yang memberikan berbagai-bagai jenis perkhidmatan kepada orang ramai
       -         Contoh agensi pusat – Perbendaharaan, Jabatan Perkhidmatan Awam, Unit Perancang Ekonomi, Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Unit Pemodenan Pentadbiran Malaysia, dan Unit Penyelidikan Sosioekonomi
       -         Contoh agensi pelaksana – Kementerian Kesihatan, Kementerian Pertanian, Kementerian Pendidikan, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Bekalan Air, dan sebagainya

Peranan dan Fungsi Agensi Kerajaan Berkenaan
       -         Menggubal dasar-dasar pengambilan dan penamatan kerja, pelantikan, kenaikan pangkat, dan hal-hal yang berkaitan dengan disiplin dalam perkhidmatan awam
       -         Menyelesaikan masalah kakitangan kerajaan yang tidak puas hati tentang skim gaji, elaun dan pencen, dan ketidakwajaran yang timbul melalui rundingan
       -         Menyediakan kemudahan latihan untuk kakitangan kerajaan [melalui Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)] dan memberikan biasiswa kepada pelajar yang melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi di dalam atau di luar negeri

Keberkesanan Agensi Kerajaan
       -         Dari segi pengambilan dan penamatan kerja, pelantikan, kenaikan pangkat, dan tindakan disiplin – JPA memainkan peranannya secara berterusan – apabila terdapat kekosongan jawatan di jabatan-jabatan kerajaan, JPA mengiklankan jawatan tersebut dalam surat khabar
       -         Dari segi dasar gaji dan elaun pekerja – dari setahun ke setahun terdapat perubahan yang membanggakan
       -         Dari segi perasaan tidak puas hati kakitangan perkhidmatan awam terhadap skim gaji dan elaun, JPA menyelesaikannya melalui Skim Saraan Baru (SSB) – gaji ditingkatkan dan pelbagai faedah lain diperoleh daripada skim tersebut
       -         Dari segi kemudahan latihan untuk kakitangan kerajaan, JPA banyak menyediakan kursus yang bermanfaat bagi meningkatkan kualiti kerja mereka
       -         Dari segi pemberian biasiswa – banyak pelajar tajaan JPA yang menikmati kemudahan tersebut – ada yang telah menamatkan pengajian mereka dan kini berkhidmat dengan jabatan tersebut


Comments

Popular posts from this blog

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 9: Industri Pelancongan

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 65: Alam Sekitar

Kebaikan dan Keburukan tentang Robot Kini