Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 20: Isu Pengangguran


SKOP
Punca-punca Berlakunya Pengangguran
       -         Penghijrahan belia dari desa ke bandar menyebabkan pengangguran berlaku terutamanya di bandar-bandar
       -         Kelulusan akademik yang rendah
       -         Penggunaan jentera moden hasil kemajuan sains dan teknologi seperti komputer
       -         Penggunaan tanah yang tidak ekonomik terutamanya di desa
       -         Belia tidak mempunyai kemahiran teknik dan vokasional
       -         Sikap terlalu memilih pekerjaan di kalangan belia

Usaha-usaha Mengatasi Pengangguran
       -         Menggalakkan belia bekerja sendiri seperti bertani, berniaga, dan beternak
       -         Memperkenalkan mata pelajaran Kemahiran Hidup kepada pelajar
       -         Menggalakkan pelajar ke sekolah-sekolah vokasional dan teknik
       -         Menyemaikan sikap berdikari di kalangan pelajar dari peringkat rendah lagi
       -         Menyedarkan para belia supaya tidak terlalu memilih pekerjaan
       -         Melengkapkan pelajar dengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran, sesuai dengan perkembangan sains dan teknologi yang canggih
       -         Memberikan bantuan seperti pinjaman kewangan, kemahiran, dan teknologi kepada belia yang ingin berusaha sendiri

Kesan daripada Pengangguran
       -         Belia mudah terlibat dengan kegiatan-kegiatan negatif yang meruntuhkan moral
       -         Jenayah, terutamanya di kota-kota semakin berleluasa; contohnya kecurian, rompakan, pembunuhan, peras ugut, dan sebagainya
       -         Bertambahnya rumah-rumah setinggan kerana penduduk tidak mampu untuk membayar sewa rumah yang terlalu mahal
       -         Banyak tanah yang terbiar dan tidak diusahakan
       -         Ekonomi negara terbantut


Comments

Popular posts from this blog

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 9: Industri Pelancongan

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 65: Alam Sekitar

Kebaikan dan Keburukan tentang Robot Kini