Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 26: Isu Warga Tua


SKOP
Sikap Masyarakat Terhadap Warga Tua
       -         Ada golongan masyarakat yang prihatin terhadap kebajikan warga tua
       -         Ada juga golongan masyarakat yang bersikap sebaliknya
       -         Ada kalangan masyarakat moden hari ini yang sanggup menghantar ibu bapa ke Rumah Orang-orang tua
       -         Ibu bapa dianggap sebagai beban – mereka tidak menghiraukan nasihat dan teguran ibu bapa
       -         Anak-anak tidak menghormati ibu bapa atau warga tua
       -         Masyarakat sewajarnya memberikan perhatian kepada warga tua terutamanya kepada warga tua yang tidak bernasib baik

Usaha-usaha Membantu Warga Tua
       -         Memperbanyak Rumah Orang-orang Tua supaya nasib warga tua yang melarat dapat dibela
       -         Melengkapkan Rumah Orang-orang Tua dengan pelbagai kemudahan seperti klinik, perpustakaan tempat rekreasi, dan lain-lain sebagainya
       -         Mengadakan kegiatan-kegiatan amal untuk mengutip derma bagi membantu warga tua yang kurang bernasib baik
       -         Menggalakkan perkhidmatan awam seperti bas, kereta api, komuter, kapal terbang, dan teksi supaya mengadakan kadar tambang istimewa bagi warga tua
       -         Mengenakan bayaran perubatan istimewa terhadap warga tua yang memerlukan rawatan sama ada di hospital, di klinik kerajaan, atau di klinik swasta
       -         Mempergiat kempen bagi menggalakkan masyarakat memberikan perhatian dan penghargaan kepada warga tua
       -         Mengadakan kegiatan-kegiatan yang melibatkan warga tua agar mereka dapat memenuhi masa yang terluang

Kebaikan Membantu Warga Tua
       -         Memungkinkan warga tua berasa bahawa mereka masih disayangi dan dihargai oleh masyarakat
       -         Dapat membalas segala jasa dan pengorbanan mereka
       -         Mengeratkan perhubungan antara masyarakat terutamanya golongan muda dengan warga tua
       -         Mewujudkan suasana harmoni di kalangan masyarakat
       -         Menimbulkan kesedaran dan rasa insaf pada golongan muda bahawa suatu masa kelak mereka akan menjadi tua juga


Comments

Popular posts from this blog

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 9: Industri Pelancongan

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 65: Alam Sekitar

Usaha-Usaha Memajukan Industri Kraf Tangan