Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 2: Industri Desa

SKOP
Jenis-jenis Industri Desa
     (a) Industri desa ditakrifkan sebagai perusahaan yang bertempat di desa, berskala kecil, menggunakan bahan-bahan semula jadi setempat, dan menggunakan kemahiran yang tradisional
     (b) Jenis/contoh hasil keluaran industri ini ialah:
a.     Barangan seramik, misalnya lelabu sayung, pasu bunga, dan sebagainya
b.    Barangan daripada logam, misalnya tembaga dan perak
c.     Barangan lain, misalnya batik, songket, dan ukiran kayu
d.    Barangan makanan, misalnya cencaluk, budu, keropok, dan sebagainya

Usaha-usaha dan Tujuan Memajukan Industri Desa
     (a) Usaha-usaha memajukan industri desa
a.     Membantu memasarkan hasil kraf tangan di dalam dan di luar negara
b.    Mempergiat usaha promosi dan kempen di dalam dan di luar negeri untuk mempopularkan hasil keluaran
c.     Meningkatkan kemahiran pembuatan dengan penggunaan alat-alat moden melalui kursus-kursus yang dianjurkan
d.    Meningkatkan kualiti dan kuantiti hasil kraf tangan
e.     Menggalakkan rakyat menggunakan hasil kraf tangan setempat
f.       Memberikan bantuan kewangan kepada pengusaha yang terlibat dalam industri desa
g.     Menubuhkan agensi-agensi seperti MARA, KEMAS, Perbadanan Kemajuan Kraf Tangan Malaysia (PKMM) untuk memberikan dan menyelaraskan bantuan yang dinyatakan di atas
     (b) Tujuan memajukan industri desa
a.     Menambah pendapatan penduduk di desa dan mengurangkan kadar kemiskinan di desa
b.    Mewujudkan peluang pekerjaan dan mengurangkan pengangguran di desa
c.     Meninggikan produktiviti daripada hasil kerja tangan yang boleh mendapat pasaran
d.    Mewujudkan pengusaha-pengusaha di desa dalam aktiviti ekonomi dan perusahaan yang berpotensi
e.     Menggalakkan penduduk desa menggunakan masa untuk menjalankan usaha-usaha yang menguntungkan
f.       Membantu industri pelancongan yang sedang dipergiat oleh kerajaan
g.     Mempopularkan barangan hasil kemahiran penduduk setempat dan mengelakkan kepupusan

Sambutan terhadap Hasil Keluaran Industri Desa
       -         Mendapat sambutan baik daripada penduduk setempat untuk digunakan sebagai hiasan atau untuk kegunaan sehari-hari
       -         Menarik minat para pelancong asing yang merupakan antara pembeli utama
       -         Mula mendapat pasaran yang baik di dalam negeri dan ada yang dipasarkan di pasar raya dan di pusat-pusat beli-belah
  -     Mula meluas pasarannya di luar negeri seperti di Belanda, Jerman, United Kingdom, dan sebagainya

Comments

Popular posts from this blog

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 9: Industri Pelancongan

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 65: Alam Sekitar

Usaha-Usaha Memajukan Industri Kraf Tangan