Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 18: Sambutan Hari Perayaan/ Kebesaran


SKOP
Cara-cara Menyambut Hari Perayaan/ Kebesaran
     (a) Sebelum (persiapan)
a.     Membersihkan dan menghiaskan rumah
b.    Membuat kuih-muih
c.     Menyediakan pakaian yang baru, bersih, dan cantik
d.    Saling berkirim kad-kad ucapan
     (b) Semasa
a.     Berkunjung ke rumah orang tua (ibu bapa), keluarga, saudara, rakan taulan, dan jiran tetangga
b.    Mengadakan jamuan rumah terbuka dengan menghidangkan juadah yang enak untuk sahabat handai, jiran tetangga, dan tetamu
c.     Memberikan bantuan dan sumbangan seperti wang kepada golongan yang kurang bernasib baik seperti orang-orang tua, anak-anak yatim, dan fakir miskin
d.    Memohon restu dan kemaafan daripada orang yang lebih tua daripada kita
e.     Bersembahyang dan beribadat di rumah-rumah ibadat

Kesan-kesan Mengadakan Sambutan Hari Perayaan/ Kebesaran
     (a) Kesan baik
a.     Mengeratkan perhubungan dan menambah kemesraan sesama keluarga, sanak saudara, sahabat handai, dan anggota masyarakat
b.    Memupuk perpaduan di kalangan kaum
c.     Dapat membantu mengingatkan kita tentang orang yang kurang bernasib baik
d.    Dapat menambah amal kebajikan
e.     Sesuatu kaum itu dapat mengenal budaya dan tradisi sesuatu kaum yang lain ketika menyambut hari perayaan
     (b) Kesan buruk
a.     Pembaziran, yakni apabila sesuatu perayaan itu disambut secara keterlaluan
b.    Kemalangan jalan raya sebagai akibat terlalu ghairah untuk pulang ke kampung bagi menyambut hari perayaan
c.     Berbelanja lebih daripada kemampuan hingga menyebabkan seseorang itu berhutang

Suasana Sambutan Hari Perayaan
       -         Suasana yang meriah dengan kesibukan melayan tetamu yang datang berkunjung ke rumah dan dengan ucapan-ucapan selamat yang diucapkan
       -         Riuh-rendah dengan suara kanak-kanak yang bermain bunga api dan berkejar-kejaran keriangan menyambut hari raya
       -         Suasana ceria dan penuh warna-warni dengan orang yang berpakaian cantik dan berwarna-warni
       -         Mewujudkan suasana kemesraan dan muhibah
       -         Kesesakan lalu lintas oleh kenderaan mereka yang ingin pulang ke kampung



Comments

Popular posts from this blog

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 9: Industri Pelancongan

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 65: Alam Sekitar

Usaha-Usaha Memajukan Industri Kraf Tangan