Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 24: Isu Kepenggunaan


SKOP
Kepentingan Pendidikan Kepenggunaan
       -         Sedar akan hak-hak pengguna, seperti hak mendapat keperluan asas dan keselamatan serta menentukan pilihan, dan sebagainya
       -         Supaya kita mempunyai kesedaran untuk mengkritik
       -         Tahu tentang cara bertindak atau membuat aduan mengikut saluran tertentu
       -         Memastikan orang ramai tidak ditindas oleh peniaga dan pengeluar
       -         Bertanggungjawab terhadap alam semula jadi di sekeliling kita
       -         Bekerjasama dengan persatuan pengguna bagi menjamin kepentingan mereka sebagai pengguna

Peranan dan Fungsi Persatuan Pengguna
       -         Melindungi pengguna daripada sebarang bahaya kepada keselamatan dan kesihatan mereka
       -         Memberikan penerangan yang cukup kepada pengguna tentang hak-hak pengguna
       -         Memastikan bahawa pengguna mendapat ganti rugi atau pampasan
       -         Membantu mengatasi masalah pengguna melalui saluran-saluran tertentu
       -         Memelihara kepentingan pengguna
       -         Mendidik pengguna tentang hak-hak mereka
       -         Memberantas sikap tidak bertanggungjawab peniaga kepada pengguna

Masalah yang Dihadapi oleh Pengguna
       -         Harga barang diletakkan sesuka hati oleh penjual/ peniaga
       -         Barang tiruan semakin banyak di pasaran
       -         Keselamatan pengguna tidak terjamin
       -         Ubat-ubatan yang tidak dibenarkan di negara-negara lain masih terdapat di negara ini
       -         Pencemaran alam sekitar


Comments

Popular posts from this blog

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 9: Industri Pelancongan

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 65: Alam Sekitar

Kebaikan dan Keburukan tentang Robot Kini