Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 12: Pengiklanan


SKOP
Isu-isu tentang Pengiklanan
     (a) Maksud iklan – cara memberitahukan maklumat mengenai sesuatu barangan atau perkhidmatan kepada pengguna
     (b) Isu tentang iklan:
a.     Pencemaran bahasa dalam iklan – khususnya pada papan tanda dan iklan dalam media massa
b.    Eksploitasi peranan wanita dalam iklan – wanita digambarkan seperti hanya layak melakukan kerja-kerja cuci-mencuci, dikaitkan dengan barangan tertentu, tidak intelek
c.     Eksploitasi tubuh wanita – tubuh wanita dalam keadaan mencolok mata digambarkan dalam iklan biarpun tiada kaitan dengan barang yang diiklankan – misalnya barang-barang alat ganti kereta dan kalendar
d.    Eksploitasi pemikiran kanak-kanak – kanak-kanak digambarkan terlalu asyik, leka atau ingin akan sesuatu barang yang diiklankan

Pengaruh Iklan
     (a) Kebaikan iklan
a.     Pengguna dapat mengetahui maklumat mengenai barangan atau perkhidmatan dan tempat untuk mendapatkannya
b.    Membantu pengguna membuat pilihan
c.     Membantu pengguna merancang perbelanjaan
d.    Pendapatan daripada iklan menurunkan kos majalah dan surat khabar – pengguna tidak perlu berbelanja lebih
e.     Pendapatan daripada iklan memungkinkan stesen televisyen menyiarkan rancangan yang lebih baik kepada pengguna
     (b) Keburukan iklan
a.     Mempengaruhi pengguna supaya berbelanja lebih – pembaziran – membeli sesuatu yang mungkin tidak penting dan tidak diperlukan – misalnya alat-alat solek, wangi-wangian, aksesori kecantikan yang mahal-mahal
b.    Merosakkan pemikiran kanak-kanak – mendesak ibu bapa membeli sesuatu yang diiklankan biarpun tidak mampu
c.     Menggalakkan pemakanan makanan ringan yang tidak berkhasiat atau yang berbahaya kepada kesihatan
d.    Memperdaya pengguna – membeli sesuatu yang mungkin indah khabar daripada rupa; yang mahal tetapi tidak berkualiti
e.     Mempengaruhi pengguna berbelanja lebih daripada kemampuan – lebih suka bergaya atau berlagak kaya
f.       Mempengaruhi pengguna mengambil sesuatu yang berbahaya – misalnya rokok dan arak
  
Kesesuaian Iklan
     (a) Tujuan iklan
a.     Untuk memperkenalkan barangan atau perkhidmatan kepada pengguna dengan jujur
b.    Untuk memujuk dan menggalakkan pengguna membeli sesuatu barangan atau menggunakan membeli sesuatu barangan atau menggunakan sesuatu perkhidmatan yang baik/ berkualiti
c.     Memberikan pengetahuan tentang maklumat penting kepada orang ramai
d.    Tidak berunsurkan penipuan, eksploitasi wanita, kanak-kanak, dan sebagainya
e.     Tidak mengelirukan
f.       Tidak menyebabkan pengguna mementingkan jenama
g.     Tidak menyebabkan pengguna berbelanja lebih kerana membeli barangan dan perkhidmatan yang tidak perlu
     (b) Ketidaksesuaian iklan
a.     Banyak iklan yang bertentangan dengan maksud iklan yang sebenarnya misalnya:
                                                             i.      Iklan roko seperti Dunhill – menaja rancangan sukan – bertentangan dengan mesej yang hendak disampaikan – rokok memudaratkan kesihatan – sukan pula adalah untuk kesihatan
                                                          ii.      Iklan kereta – tidak menonjolkan kecanggihan kereta tetapi lebih menonjolkan kecantikan bentuk tubuh wanita
                                                       iii.      Iklan makanan ringan – lebih banyak mendatangkan kkemudaratan kepada kesihatan kanak-kanak daripada mendatangkan kebaikan – mengganggu selera kanak-kanak atau kanak-kanak mungkin mengalami sakit perut apabila memakan makanan tersebut


Comments

Popular posts from this blog

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 9: Industri Pelancongan

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 65: Alam Sekitar

Kebaikan dan Keburukan tentang Robot Kini